Inkues Zara: Saksi ke-50 dedah perbualan ahli keluarga tolak post mortem

KOTA KINABALU – “Kami sudah berbincang yang kami tidak mau buat post mortem sebab kami mahu mempercepatkan pengebumian Zara,” kata saksi ke-50, Solehah Md Noh, yang mendedahkan perbualan keluarga mangsa, Zara Qairina Mahathir.

Menurut kenyataan bersama pasukan guaman Ibu Zara, saksi berkata, pada 17 Julai 2025, saksi bersama empat guru lain telah datang ke tingkat 10, Hospital Queen Elizabeth 1 untuk menziarahi Zara.

“Setelah mereka sampai di wad neurologi, saksi lihat ada lebih kurang lima orang ahli keluarga Zara berada di tepi katil Zara.

“Salah seorang perempuan yang berada di sana yang memakai baju serta tudung hitam memperkenalkan dirinya sebagai mak cik Zara yang datang dari Kuala Lumpur.

“Makcik tersebut juga memberitahu bahawa seorang perempuan tua itu adalah nenek Zara, manakala seorang perempuan muda itu sepupu Zara, bapa Zara dan seorang lelaki tua itu adalah atuk saudara Zara.

“Kemudian sepupu Zara bertanya kepada mereka ‘Adakah antara mereka berlima berjawatan warden?’, ‘Adakah CCTV dipasang di kawasan asrama?’ dan ‘Adakah antara mereka guru yang mengajar Zara?’.

“Salah seorang daripada kumpulan saksi, saksi tidak ingat siapa menjawab bahawa mereka bukan warden, tidak ada CCTV dipasang di kawasan asrama dan mereka bukan guru yang mengajar Zara,” katanya dalam kenyataan media, pada Jumaat.

Kenyataan bersama itu oleh Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James.

Tambahnya, saksi berkata, lebih kurang 10 minit mereka sampai, ada seorang doktor lelaki India datang memantau keadaan Zara serta memeriksa mesin pernafasan Zara dan selepas itu doktor itu pun beredar.

“Kemudian saksi mendengar perbualan antara Makcik Zara dengan seseorang perempuan yang baru sampai dan saksi mendengar Makcik Zara menyatakan bahawa ‘Kami sudah berbincang yang kami tidak mau buat post mortem sebab kami mau mempercepatkan pengebumian Zara’.

“Selepas itu, atuk saudara Zara mengatakan “Jangan la post mortem nanti kena belah belah tu nanti’.

“Kemudian kami mendengar ahli keluarga Zara berbincang untuk mencari van jenazah untuk membawa jenazah ke Sipitang,” ujarnya.

Related Posts

Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

KOTA KINABALU – Tabung Kasih @ HAWANA telah menyalurkan bantuan berjumlah RM2.54 juta kepada 864 pengamal media dan veteran wartawan di seluruh negara sejak diwujudkan pada 2023, termasuk 37 penerima…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

KOTA KINABALU – Pempengaruh dan pencipta kandungan media sosial disaran meneliti draf garis panduan yang dibangunkan Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia (Content Forum) bagi memahami amalan serta tanggungjawab dalam menghasilkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak