Kalau orang hulur, ambil sajalah – Muhyiddin

PANTAI DALIT – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan pengundi Sabah agar menerima sebarang pemberian daripada pihak tertentu ketika musim kempen PRN DUN Sabah.

Dalam masa sama, Presiden Bersatu itu menyeru agar pengundi berhati-hati terhadap janji politik pihak lawan dan tidak memberikan undi kepada parti kerajaan.

“Jangan janji di sini namun nanti undi parti lain. Undi memang rahsia (namun kalau ada orang hulur) RM50 ke RM100. Dah ulur tu ambil sahaja.

“Tapi orang dah ulur tu tetaplah sokong PN pada PRN Sabah kali ini,” katanya ketika berucap pada Program Pelancaran Era Baru Pantai Dalit, pada Jumaat.

Terdahulu, PN mengumumkan bakal bertanding di 41 daripada keseluruhan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah.

Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri berkata, sebanyak 33 kerusi terbabit akan ditandingi calon daripada Bersatu, Pas (lima) dan Gerakan (tiga).

Calon daripada Bersatu itu turut meliputi Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, yang akan bertanding di kerusi DUN Sugut.

Naib Pengerusi PN Sabah, Datuk Dr Aliakbar Gulasan yang juga Pesuruhjaya Pas Sabah serta Ahli DUN (ADUN) Dilantik pula dinamakan sebagai calon kerusi DUN Karambunai.

Seterusnya Ketua Gerakan Sabah, William Ooi, akan bertanding di kerusi DUN Luyang, manakala dua lagi ahli parti itu membabitkan Elvis Koa Wei Yang dan Firdaus Silvester masing-masing dinamakan sebagai calon kerusi DUN Tanjung Papat serta Elopura.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok