PKR tekankan momentum kukuh hasil kerjasama Persekutuan–Negeri

INANAM – PKR menyatakan bahawa rekod pencapaian dan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri menjadi asas utama kekuatan parti itu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, PKR khususnya dalam gabungan PH mempunyai momentum yang amat baik hasil pelaksanaan janji kepada rakyat Sabah melalui hubungan kerja yang lebih tersusun antara kedua-dua peringkat kerajaan.

Beliau pada masa sama menggesa semua parti yang bertanding supaya membentangkan rekod dan pencapaian masing-masing untuk dinilai secara adil oleh rakyat, memandangkan sebahagian besar parti yang bertanding pernah mentadbir Sabah sebelum ini.

“Banyak parti di Sabah ini yang telah pernah memerintah. Hanya yang kami minta, tunjukkan prestasi anda semasa anda memerintah.

“Mudah, supaya sekiranya kita boleh kata kami dah siap fasa pertama.

“Yang dimahukan adalah untuk penerusan fasa seterusnya demi negeri Sabah yang lebih maju jaya,” katanya kepada pemberita selepas Program Ziarah Kasih Kampung Dambai, di sini pada Selasa.

Turut hadir ialah calon PH yang juga penyandang DUN Inanam, Datuk Peto Galim.

Menurut Nurul Izzah, kejayaan Peto dalam menggazet dan mewartakan 22 kampung di DUN Inanam adalah bukti kukuh bagaimana kerjasama dan sistem kerja bersepadu antara pusat dan negeri berjaya membawa hasil nyata kepada rakyat.

“Pada saya, (kejayaan) penggazetan (22 kampung) ini adalah tanda aras,” katanya sambil menambah bahawa calon PH khususnya PKR di Sabah telah menunjukkan rekod yang baik.

“Calon PKR dan PH di Sabah telah merekodkan momentum yang baik, lebih-lebih lagi pelunasan janji (serta) kerjasama erat antara pusat dan negeri,” jelasnya.

Sementara itu, Peto berkata mandat baharu akan membolehkan beliau memperluas usaha pembangunan di kawasan Inanam berasaskan kerjasama pentadbiran yang kukuh.

“Saya boleh katakan kita boleh laksanakan dua kali (ganda) apa yang kita boleh laksana sekarang.

“Ini kerana kita mempunyai cara kerja dan kerjasama yang betul antara negeri dan kawasan.

“Kita mempunyai kerjasama yang luar biasa di peringkat kerajaan pusat, khususnya daripada pimpinan Perdana Menteri.

“Ini memberikan kita kekuatan untuk meyakinkan rakyat di kawasan khususnya Inanam bahawa apabila kita menang, kita boleh laksanakan tugas seperti yang kita janji,” katanya.

Related Posts

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

KUALA LUMPUR – Usaha meningkatkan tahap kesiapsiagaan komuniti dalam menghadapi fenomena El Nino perlu diberi keutamaan kerana tindakan pencegahan dan persediaan rapi mampu mengurangkan impak cuaca ekstrem yang semakin sukar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

KUALA LUMPUR – Malaysia terus mempergiat usaha memperkukuh keselamatan tenaga negara melalui beberapa kerjasama strategik di peringkat antarabangsa, termasuk perjanjian hidrokarbon jangka panjang dengan Turkmenistan yang dijangka dimeterai pada 19…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu