JKN Pahang iktiraf 52 premis makanan sebagai selamat

KUANTAN – Kerajaan negeri menerusi Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang memperkenalkan Program Destinasi Makan-makan Selamat Pahang 2025 sebagai persiapan Tahun Melawat Pahang, tahun depan.

Bagi program tahun ini, sebanyak 52 premis dari sebelas daerah di Pahang menerima pengiktirafan kerana mematuhi tahap kebersihan ditetapkan JKN Pahang.

Penyampaian sijil dilakukan Exco Kerja Raya, Kesihatan dan Pengangkutan Pahang, Datuk Ir Razali Kassim dalam satu majlis khas di sini, hari ini.

Razali dalam ucapannya berkata, program berkenaan adalah penambahbaikan kepada sistem pemantauan kebersihan premis makanan sedia ada.

“Objektif utama penganjuran adalah memastikan pengusaha premis perniagaan mengekalkan tahap kebersihan premis milik mereka.

“Selain itu, kita juga bersedia membantu mempromosikan premis yang mendapat sijil (pengiktirafan) kepada pelancong dan ini pastinya dapat merancakkan industri pelancongan di Pahang,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Razali memaklumkan, sehingga Oktober lalu, sebanyak 10,188 premis perniagaan yang beroperasi di seluruh Pahang, diperiksa pasukan penguat kuasa JKN Pahang.

Katanya, daripada jumlah itu, 9,882 premis mendapat pengiktirafan sebagai bersih.

“Terdapat 306 premis diarah tutup tidak lebih 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

“JKN Pahang juga mengeluarkan 4,767 notis 32B (kesalahan mengikut Peraturan Kebersihan Makanan 2009) dan mengutip kompaun bernilai RM1.29 juta,” katanya.

Related Posts

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

SARIKEI – Kerajaan terus memperkukuh sektor agrikomoditi sebagai antara pemacu utama ekonomi negara dengan memastikan golongan pekebun kecil mendapat akses kepada bantuan, teknologi serta peluang pasaran. Menteri Perladangan dan Komoditi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
ECRL Kota Bharu-Gombak disasar beroperasi Disember ini

GOMBAK – Perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Fasa 1 yang menghubungkan Kota Bharu ke Gombak disasarkan mula beroperasi pada Disember ini, lebih awal berbanding jadual asal pada Januari 2027.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

ECRL Kota Bharu-Gombak disasar beroperasi Disember ini

ECRL Kota Bharu-Gombak disasar beroperasi Disember ini

BAS.MY Kota Kinabalu beroperasi sepenuhnya di lapan laluan

  • By Ezmie
  • August 14, 2026
BAS.MY Kota Kinabalu beroperasi sepenuhnya di lapan laluan

PKR Pahang tunggu penjelasan penganjur program di Cenderawasih

PKR Pahang tunggu penjelasan penganjur program di Cenderawasih

Perkembangan ekonomi Malaysia tidak bergantung AI, semikonduktor – BNM

Perkembangan ekonomi Malaysia tidak bergantung AI, semikonduktor – BNM