Peluang keemasan untuk Tulid, Izzah tekankan amanah dan masa depan rakyat

PENSIANGAN – Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengingatkan semua pengundi di kawasan Tulid agar tidak tersilap membuat pilihan pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah pada 29 November ini.

Jelasnya, kawasan Tulid, Sook dan Nabawan kini berada dalam kedudukan terbaik untuk mencapai kemenangan yang boleh membuka ruang kemajuan lebih besar.

“Inilah peluang untuk benar-benar menang di Tulid, Sook dan Nabawan, jaga seluruh kawasan, Inilah peluang keemasan,” katanya ketika berucap sempena Jelajah Kempen Calon PH, No.4 DUN Tulid di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Mansiat, di sini pada Selasa.

Tambahnya, di Sabah memang banyak cabaran, justeru kita perlu ada pemimpin yang bertanggungjawab dan yang beramanah.

“Saya setuju di Sabah memang banyak cabaran. Di mana-mana ada cabaran. Tapi untuk kali ini kita boleh, kita atasi, cukup peluang diberikan,” tegasnya.

Menurut Izzah, Sabah memerlukan pemimpin yang mampu bertindak cepat apabila peruntukan kerajaan disalurkan.

“Untuk masa depan, kita kena dapat pimpinan Sabah yang boleh laksana bila duit dah turun. Kalau duit turun, tapi tak tahu buat kerja, tidak akan jadi apa-apa.

“Nanti orang Tulid kata air masih lagi bekalan air, sekolah belum siap,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata bahawa semua parti pernah menjadi Kerajaan Negeri dan kini tiba masanya pengundi menilai rekod masing-masing.

“Tanya kepada mereka. Semua parti sudah pernah jadi kerajaan negeri. Tunjukkan prestasi dan rekodmu. Jangan tabur janji lagi,” katanya.

Tegas Izzah, rasa simpati terhadap calon bebas tidak seharusnya mengatasi kepentingan masa depan rakyat.

“Ada rasa kesian pada calon bebas? Makcik, jangan rasa kesian. Kena kesian orang Tulid.

“Kena kesian masa depan. Kena fikir tentang kebajikan bagi Tulid. Kita ada peluang besar kali ini,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan penduduk agar berhati-hati dengan penyebaran mesej meragukan pada saat-saat akhir kempen.

“Dalam mana-mana pentas rakyat, saya minta. Dalam tiga hari, kalau ibu-ibu, ayah-ayah dalam telefon tiba-tiba dapat Whatsapp yang mengejutkan, periksa dengan kami dulu.

“Jangan mudah percaya berita yang bukan-bukan,” tegasnya.

Related Posts

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

KUALA LUMPUR – Usaha meningkatkan tahap kesiapsiagaan komuniti dalam menghadapi fenomena El Nino perlu diberi keutamaan kerana tindakan pencegahan dan persediaan rapi mampu mengurangkan impak cuaca ekstrem yang semakin sukar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

KUALA LUMPUR – Malaysia terus mempergiat usaha memperkukuh keselamatan tenaga negara melalui beberapa kerjasama strategik di peringkat antarabangsa, termasuk perjanjian hidrokarbon jangka panjang dengan Turkmenistan yang dijangka dimeterai pada 19…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu