Pendidikan, kebersihan harus diutama dalam jadikan Pulau Gaya destinasi pelancongan utama

KOTA KINABALU – Pulau Gaya memiliki potensi besar sebagai destinasi pelancongan utama di Sabah sekiranya isu sampah di laut diatasi, pendidikan diperkasa serta promosi terancang dilaksana secara holistik.

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api, Thonny Chee berkata, pulau tersebut memiliki potensi pembangunan yang sangat besar, khususnya dengan kekayaan elemen budaya dan tarikan alam semula jadi.

Beliau mengakui bahawa isu sampah marin di sekitar Pulau Gaya sememangnya serius dan masih menjadi cabaran utama kepada komuniti setempat.

“Masalah alam sekitar bukan berlaku dalam sehari, dan ia juga tidak boleh diselesaikan dalam sehari. Tetapi jika semua pihak bekerjasama, perubahan berperingkat pasti boleh dicapai dan akhirnya masalah ini dapat ditangani

“Saya percaya bahawa apabila isu sampah dapat diselesaikan, pendidikan diperkuatkan dengan kemudahan yang lebih baik serta promosi yang teratur dilaksanakan, pulau yang kaya dengan budaya dan keindahan alam semula jadi itu mampu menjadi satu lagi tarikan pelancongan utama Kota Kinabalu.

“Ini sekali gus membawa sumber pendapatan, pembangunan dan kualiti hidup lebih baik kepada penduduknya,” katanya selepas mengadakan pertemuan bersama penduduk Pulau Gaya yang turut dihadiri oleh Pengerusi PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud, pada Selasa.

Dalam pada itu, Thonny berkata, aktiviti turun padang merupakan peluang berharga untuk mendengar permasalahan yang disuarakan penduduk di samping membantu memahami bantuan yang boleh disalurkan oleh kerajaan dan pihak berkuasa.

Beliau memberi jaminan bahawa pihaknya akan terus membuat susulan terhadap perkara yang dibangkitkan dan membawa suara penduduk ke peringkat pembuat keputusan.

” Saya merancang untuk menggalakkan aktiviti gotong-royong pembersihan secara bersama antara pihak berkuasa dan penduduk bagi memulihkan keadaan alam sekitar, disokong dengan pendidikan kebersihan dan kesedaran alam sekitar bagi menangani punca masalah.

“Kami berharap dapat bekerjasama dengan agensi kerajaan pada masa depan untuk melaksanakan penambahbaikan dari segi kebersihan, pendidikan dan infrastruktur secara berperingkat,” katanya.

Related Posts

Tiada pihak wajar dipinggirkan dalam pentadbiran negara, politik kebencian perlu ditolak

PUTRAJAYA – Malaysia harus terus berpaksikan prinsip masyarakat majmuk seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan serta menolak sebarang bentuk politik kebencian berasaskan kaum. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pentadbiran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jurutera arahan AI disasar di setiap NADI seluruh negara – Fahmi

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi mencadangkan satu inisiatif baharu bagi melahirkan sekurang-kurangnya seorang jurutera arahan kecerdasan buatan (AI) atau prompt engineer di setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

Sabah sambut baik pandangan PM, pastikan rakyat tempatan nikmati pertumbuhan industri pelancongan

Sabah sambut baik pandangan PM, pastikan rakyat tempatan nikmati pertumbuhan industri pelancongan

Kemalangan 6 sekeluarga maut: Reman pemandu lori ditolak

Kemalangan 6 sekeluarga maut: Reman pemandu lori ditolak

Orang ramai diminta beli air ikut keperluan, elak pembelian panik

Orang ramai diminta beli air ikut keperluan, elak pembelian panik

Polis sahkan ‘kapal terbang tersadai’ di Sungai Kandis tidak benar

Polis sahkan ‘kapal terbang tersadai’ di Sungai Kandis tidak benar

Gangguan bekalan air di Miri bermula 10 Jun

Gangguan bekalan air di Miri bermula 10 Jun