Rakyat perlu bijak pilih pemimpin, jangan nanti mengeluh atas pilihan sendiri

KOTA MARUDU – Pengundi diingatkan supaya lebih berhati-hati dalam membuat pilihan pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah yang semakin hampir dengan menilai rekod dan keupayaan sebenar calon serta parti yang bertanding.

Calon muda, Zaidi Jatil yang mewakili PH di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandau berkata, ramai penduduk sering mengeluh mengenai pelbagai masalah seperti parit tersumbat, jalan rosak, gangguan elektrik dan ketiadaan air.

Namun, katanya, rakyat juga perlu sedar bahawa kegagalan atau masalah yang ada pada hari ini berpunca daripada keputusan yang dibuat sendiri di peti undi sebelum ini.

“Kadang-kadang kita marah bumbung saya bocor, parit sumbat, jalan rosak, elektrik tiada, air tiada.

“Tetapi adakah kita sedar bahawa kegagalan itu datangnya daripada kita sendiri?

“Kerana kita yang memilih pemimpin tersebut bukan orang lain kita yang pergi pangkah di kertas undi itu,” katanya semasa sesi ceramah kelompok di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tagaroh, di sini pada Selasa.

Justeru itu, Zaidi mengajak rakyat untuk memilih pemimpin yang benar-benar bekerja demi rakyat, bukannya mereka yang hanya mengambil kesempatan demi kepentingan diri sendiri.

“Jadi saya mengajak orang-orang di Kampung (Kg) Tagaroh dan keseluruhan penduduk sekitar supaya kita memilih pemimpin, memilih parti yang benar-benar bekerja untuk rakyat bukan mengambil kesempatan memperkayakan diri dan keluarga,” katanya.

Beliau yang berasal dari Kg Korongkom juga menegaskan komitmennya untuk berkhidmat dengan integriti sekiranya diberikan mandat oleh rakyat.

“Saya berjanji jika saya diberikan mandat, jika diberikan kepercayaan oleh rakyat saya akan memastikan saya bekerja untuk rakyat dan tidak akan sakau wang yang sepatutnya untuk rakyat,” janjinya.

Tambahnya, PH tidak hadir dengan janji bulan dan bintang, sebaliknya membuktikan kemampuan melalui prestasi Kerajaan MADANI sejak tiga tahun lalu.

Kata Zaidi lagi, peruntukan pembangunan kepada Sabah di bawah pentadbiran Kerajaan PH yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan peningkatan yang ketara.

“Bermula daripada RM4 bilion sehingga RM5 bilion dan meningkat lagi kepada RM6.9 bilion bagi tahun 2026,” jelasnya.

Peningkatan itu mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan Sabah terus menerima pembangunan yang sepatutnya demi kesejahteraan rakyat.

Related Posts

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

KUALA LUMPUR – Usaha meningkatkan tahap kesiapsiagaan komuniti dalam menghadapi fenomena El Nino perlu diberi keutamaan kerana tindakan pencegahan dan persediaan rapi mampu mengurangkan impak cuaca ekstrem yang semakin sukar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

KUALA LUMPUR – Malaysia terus mempergiat usaha memperkukuh keselamatan tenaga negara melalui beberapa kerjasama strategik di peringkat antarabangsa, termasuk perjanjian hidrokarbon jangka panjang dengan Turkmenistan yang dijangka dimeterai pada 19…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu