Dakwaan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia-AS jejas kedaulatan negara tidak betul

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa Malaysia tidak menggadai maruah, kemerdekaan atau kebebasan negara melalui Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan Amerika Syarikat (AS), sekali gus menolak dakwaan pihak tertentu yang mempolitikkan isu tersebut.

Anwar menolak dakwaan bahawa perjanjian ini kononnya menggadai maruah serta kebebasan negara.

Beliau menegaskan bahawa tuduhan sedemikian tidak berasas dan tidak mencerminkan kedudukan sebenar perjanjian tersebut.

Menjelaskan perkara itu di Dewan Rakyat, Perdana Menteri berkata, terdapat tiga elemen sensitif bagi AS yang disentuh dalam ART, iaitu unsur nadir bumi (REE), semikonduktor dan penggunaan mata wang tempatan dalam urus niaga.

Bagaimanapun, rundingan yang diperlukan di bawah perjanjian itu tidak menghalang Malaysia daripada menjalin kerjasama dengan negara lain.

Dalam konteks REE, Anwar memberi contoh bahawa Malaysia meneruskan kerjasama dengan Korea Selatan bagi pembinaan kilang magnet super REE di Kuantan, selain kerjasama antara Khazanah Nasional Bhd dan China dalam pemprosesan REE.

“Kalau tengok umpamanya rundingan dengan AS soal REE, panik semua. Saya kata, tengok apa yang berlaku, kita teruskan undang-undang itu.

“Rundingan, AS suruh maklumkan, tidak apalah. Saya maklum pada China, kita buat ini dengan AS dan Korea Selatan…. tidak ada percanggahan.

“Sebab itu, dalam membaca undang-undang, kena baca yang lain-lain. Saya setuju tekanan AS itu relatifnya lebih besar, bukan hanya kepada kita tapi satu dunia kerana kita tidak mahu dikenakan tarif yang terlalu tinggi.

“(Tetapi dakwaan) soal kemerdekaan, maruah tergadai, itu tidak betul,” katanya pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) yang membangkitkan persoalan sama ada ART menyebabkan Malaysia kehilangan kuasa untuk mengurus dan mempertahankan dasar nilai ringgit mengikut kepentingan nasional.

Mengulas lanjut, Anwar menjelaskan bahawa di bawah ART, Malaysia bersetuju bahawa syarikat AS di negara ini tidak boleh mengeksport cip semikonduktor ke China, namun hal itu tidak menghalang syarikat dari negara lain berbuat demikian.

“Ada pelaburan dari Jerman atau China untuk hasilkan cip dan eksport ke China. Itu boleh.

“Selain itu, tidak boleh denominasi mata wang tempatan, yang dikatakan sebagai satu rencana untuk sabotaj ekonomi AS, namun bukan maksud kita begitu.

“Bagaimanapun, denominasi mata wang tempatan dalam perdagangan dengan China, Thailand dan Indonesia tetap berjalan dan diteruskan,” katanya.

Mengulas mengenai rundingan dengan Bank Negara Malaysia (BNM), Anwar menjelaskan bahawa Artikel 4 Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sememangnya memperuntukkan rundingan IMF dengan BNM bagi memberi teguran dan kritikannya, namun ia tidak menjejaskan kuasa BNM dalam menentukan dasar monetari negara.

Pada masa sama, Perdana Menteri menegaskan bahawa meskipun AS memberi amaran mengenai penyertaan negara-negara lain dalam BRICS, Malaysia tidak pernah meninggalkan atau gagal menghadiri mana-mana sidang yang dianjurkan blok ekonomi tersebut.

“Jadi, sementara boleh berbeza pendapat dari segi kita tidak perlu terlalu baik atau berdagang dengan AS, (kita terima) itu (sebagai) pandangan tapi tidak wajar untuk menyatakan kita menyerah kepada AS,” katanya.

Related Posts

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai laporan audit Tabung Haji (TH) perlu diperjelaskan secara menyeluruh bagi mengelakkan kekeliruan dan manipulasi politik berhubung penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), kata Datuk Dr Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling