Masyarakat Cina di Moyog mahu pemimpin muda, fasih dwibahasa

PENAMPANG – Sokongan masyarakat Cina di Moyog terhadap calon muda semakin ketara apabila majoriti mereka menyuarakan keperluan untuk memiliki wakil rakyat yang bertenaga, rajin serta mampu berkomunikasi dalam dua bahasa.

Calon PH bagi kerusi N.26 Moyog, Remysta Taylor berkata, lebih 90 peratus pengundi Cina Tionghoa yang ditemuinya mengutamakan calon muda yang fasih dwibahasa bagi memastikan keperluan dan suara mereka difahami dengan tepat.

“Masyarakat Cina Tionghoa di sini agak berbeza. Mereka mahu calon yang fasih dwibahasa supaya segala permintaan atau isu yang mereka bangkitkan dapat difahami dengan jelas oleh wakil rakyat,” katanya ketika ditemui pada program Santai Minum Kopi Pemimpin Bersama Masyarakat Tionghoa serta walkabout di sekitar Donggongon, pada Selasa.

Sementara itu, Kapitan Hee Kwok Hung menegaskan bahawa calon yang dipilih perlu rajin turun padang, khususnya dalam menyantuni masyarakat Cina di kawasan berkenaan.

“Harapan saya kepada calon Moyog ini, dia masih muda dan memiliki banyak peluang. Dia perlu lebih rajin untuk menarik sokongan pengundi Cina.

“Walaupun jumlah pengundi Cina hanya sekitar 1,000 lebih, calon mesti aktif mendampingi mereka dan tidak menunggu sehingga rakyat datang sendiri,” ujarnya.

Dalam pada itu, katanya lagi, masyarakat Cina turut berharap sekiranya calon Moyog menang pada PRN17 agar beliau perlu menunaikan tanggungjawab dengan memberi perkhidmatan terbaik sepanjang lima tahun penggal perkhidmatan.

“Apa juga keperluan rakyat, khususnya di Moyog, calon mesti melaksanakan tanggungjawab.

“Calon juga perlu bersedia menerima teguran masyarakat dan mendengar luahan mereka agar rakyat tidak rasa tersisih,” katanya.

Related Posts

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

PORT DICKSON – Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa yang mengaitkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sebagai calon Menteri Besar mempamerkan ketandusan idea Barisan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu