Portugal pamer aksi memukau, belasah Armenia 9-1

PORTUGAL berpesta gol tanpa kehadiran Cristiano Ronaldo apabila membenam Armenia 9-1 untuk mengesahkan tiket ke Piala Dunia 2026, hasil jaringan hatrik Bruno Fernandes dan Joao Neves dalam aksi Kumpulan F.

Di Porto, skuad Roberto Martinez tampil garang selepas dua keputusan mengecewakan bulan lalu – seri di Hungary dan tewas mengejut di Ireland – yang turut menyaksikan Ronaldo dilayangkan kad merah.

Namun kali ini, Portugal mempamerkan kebangkitan dengan penuh bergaya dalam aksi terakhir kumpulan untuk menamatkan saingan sebagai juara kumpulan.

Renato Veiga membuka tirai jaringan pada minit ketujuh, sebelum Armenia mengejutkan tuan rumah melalui jaringan Eduard Spertsyan untuk menyamakan kedudukan.

Namun selepas itu, Portugal menggandakan asakan dengan jaringan bertali arus daripada Goncalo Ramos, Neves, Fernandes dan Francisco Conceicao.

Neves mempamerkan kelas tersendiri dengan rembatan kencang dari luar kotak penalti dan sepakan percuma terus ke penjuru atas gawang, manakala Fernandes pula menyempurnakan dua sepakan penalti dan satu penyudah tenang hasil gerakan cantik bersama Ramos.

Conceicao menutup pesta jaringan pada masa kecederaan untuk menjadikan kemenangan ini antara yang terbesar dalam sejarah Portugal.

Related Posts

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

KERAJAAN Pahang melalui Majlis Sukan Pahang memperuntukkan perbelanjaan RM12 juta bagi menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA Selangor 2026. “Peruntukan ini membabitkan pembangunan atlet, latihan pusat, program pelapis, kejurulatihan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Salah sah sertai Trabzonspor

TRABZONSPOR mengesahkan telah menandatangani bintang Mesir, Mohamed Salah menerusi perjanjian yang menjamin bayaran sebanyak €17 juta (AS$19.6 juta) semusim, lapor Anadolu Ajansi. Anak syarikat bola sepak Trabzonspor yang merupakan syarikat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor