KRT Kampung Fikri perkukuh peranan perpaduan melalui Program Komuniti KRT MADANI

KEMAMAN Program Komuniti KRT MADANI Rakyat Disantuni (PKRM) terus mengukuhkan peranan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) sebagai agen perpaduan di peringkat akar umbi.

Pemangku Pegawai Perpaduan Daerah Kemaman, Wan Mohd Hafizol Wan Aziz berkata, pelbagai program dirangka di bawah KRT bagi memupuk perpaduan, selain memastikan kebajikan dan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara selaras gagasan Malaysia MADANI.

Beliau berkata, usaha itu juga menjunjung semangat Rukun Negara sebagai asas yang menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyerahan ‘mock cheque’ kepada KRT Kampung Fikri di NADI Kemaman Command Centre.

Pengerusi KRT Kampung Fikri, Marwari Mohammad berkata, sumbangan khas RM5,000 itu akan dimanfaatkan untuk menganjurkan lebih banyak program berimpak tinggi bagi masyarakat setempat.

KRT Kampung Fikri turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Perpaduan Daerah Kemaman, Pejabat Tanah dan Daerah Kemaman, Nadi Kemaman Command Centre, Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) Kemaman dan Perpustakaan Daerah Kemaman atas kerjasama menjayakan program berkenaan.

Penyerahan ‘mock cheque’ disempurnakan Ketua Penolong Pegawai Daerah Kemaman, Hanum Isa@Ghazali.

Turut hadir, Pengurus NADI Kemaman Command Centre, Asmamiza Iskandar; Pengurus Perpustakaan Daerah Kemaman, Rasyidah Rusdi; serta Pegawai JKOM Kemaman, Ahmad Nadhir Yob.

Hanum turut melawat NADI Kemaman Command Centre dan Perpustakaan Awam Daerah Kemaman selepas majlis penyerahan sumbangan.

Related Posts

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

GEORGE TOWN – Angkara teguran, seorang warga emas menetak abang kandungnya sehingga cedera parah dengan parang dalam satu pertengkaran di sebuah rumah kebun durian di Paya Terubong, Air Itam di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

ALOR SETAR – Penurunan harga diesel kepada RM2.10 seliter serta pelaksanaan mekanisme subsidi bersasar menerusi program Budi MADANI yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini menunjukkan kesediaan kerajaan mendengar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat