Lebih 9,500 peserta meriahkan Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah edisi ke-11

KUALA KANGSAR – Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah (LHKSNS) edisi ke-11 berlangsung meriah di Dataran Pavilion di sini pada Ahad dengan penyertaan lebih 9,500 peserta dari seluruh negara.

Hujan renyai pada awal pagi tidak melemahkan semangat peserta, malah kehadiran Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim menyerikan lagi penganjuran acara tahunan itu.

Acara larian sempena Hari Keputeraan Sultan Perak itu dimulakan dengan pelepasan kategori 15 kilometer (km) oleh Sultan Nazrin pada jam 6.45 pagi, diikuti pelepasan serentak kategori 10 km dan 7 km pada jam 7 pagi.

Baginda turut berkenan meluangkan masa kira-kira 20 minit di Laman Budaya bagi menyaksikan demonstrasi serta pameran aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), selain kunjungan ke reruai Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Jabatan Pertanian Negeri Perak.

Peserta larian disajikan pelbagai aktiviti sepanjang laluan yang melalui kampung-kampung sekitar Mukim Sayong, Kota Lama Kanan dan Jambatan Sultan Abdul Jalil Shah, menjadikan pengalaman larian lebih menarik dan berwarna-warni.

Di Dataran Pavilion, Maritim Malaysia turut mengadakan demonstrasi taktikal khas dengan iringan pasukan pancaragam pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan persembahan Kumpulan Jentari Sekolah Seni Malaysia Perak.

Bagi kategori 15 km, pemenang tempat pertama membawa pulang wang tunai RM800 dan plak, tempat kedua RM700 dan plak, manakala tempat ketiga RM600 dan plak.

Kategori 10 km pula menawarkan hadiah RM600 dan plak untuk tempat pertama, RM500 dan plak bagi tempat kedua serta RM400 dan plak untuk tempat ketiga.

Tuanku Zara berkenan menyampaikan hadiah kepada tiga peserta yang mencatat masa terbaik bagi kategori 15 km dan 10 km.

Related Posts

Amuk pekerja asing mabuk, polis bantuan parah ditetak di leher

MUKAH – Tindakan seorang pekerja asing mengamuk di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Sebakong memakan diri apabila dia ditahan kerana menetak leher anggota polis bantuan pada Rabu. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemaju dikompaun RM125,000 gagal adakan Mesyuarat Agung Tahunan Pertama

KUALA SELANGOR – Sebuah syarikat pemaju di Puncak Alam dikenakan kompaun RM125,000 kerana gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Pertama Perbadanan Pengurusan. Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dalam satu kenyataan berkata…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Amuk pekerja asing mabuk, polis bantuan parah ditetak di leher

Amuk pekerja asing mabuk, polis bantuan parah ditetak di leher

UMNO dikawal Istana punca Puad Zarkashi keluar parti

UMNO dikawal Istana punca Puad Zarkashi keluar parti

Pemaju dikompaun RM125,000 gagal adakan Mesyuarat Agung Tahunan Pertama

Pemaju dikompaun RM125,000 gagal adakan Mesyuarat Agung Tahunan Pertama

KPM ambil 8,042 guru baharu sehingga Jun

KPM ambil 8,042 guru baharu sehingga Jun

Tentera Israel didakwa anggap bayi Palestin musuh masa depan

  • By Siti
  • June 25, 2026
Tentera Israel didakwa anggap bayi Palestin musuh masa depan

Brazil mara ke pusingan kalah mati, tewaskan Scotland 3-0

Brazil mara ke pusingan kalah mati, tewaskan Scotland 3-0