Kelibat buaya cetus bimbang penduduk, pekerja pelabuhan Kemaman

KEMAMAN – Kemunculan seekor buaya dikesan berenang sekitar kawasan pelabuhan dekat sini sejak semalam, menggemparkan pekerja kapal dan penduduk setempat.

Kelibat reptilia itu dirakam beberapa individu – dipercayai pekerja kapal – sebelum rakaman itu tular di media sosial.

Seorang penduduk, Mohd Alwi Zuraidi, 40, berkata, kehadiran buaya tersebut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pekerja kapal, khususnya penyelam yang melakukan kerja penyelenggaraan di pelabuhan berkenaan, selain nelayan dan pemancing di kawasan Teluk Kalong.

“Kawasan ini memang kawasan laut terbuka, jadi sebelum ini tidak pernah dengar ada buaya.

“Bila muncul buaya begini, semua pekerja dan nelayan jadi lebih berhati-hati,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan buaya tersebut pagi tadi.

“Pasukan Perhilitan Kemaman telah turun ke lokasi untuk menjalankan pemantauan dan siasatan lanjut,” katanya.

Related Posts

Edar 480.60 gram dadah, suami isteri dihadapkan ke mahkamah

IPOH – Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh, pada Rabu atas pertuduhan mengedar dadah jenis methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 480.60 gram, minggu lalu. Teoh Wai Loon, 44, dan isterinya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pahang sedia RM916,000 melalui geran usahawan STeP

BENTONG – Kerajaan Pahang menyediakan peruntukan RM916,000 melalui Geran Usahawan Makmur dan Hasil Transformasi Produk Usahawan di bawah SIRIM Technopreneur Enterprise Program (STeP) 2026 bagi meningkatkan kualiti dan daya saing…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Edar 480.60 gram dadah, suami isteri dihadapkan ke mahkamah

Edar 480.60 gram dadah, suami isteri dihadapkan ke mahkamah

Pahang sedia RM916,000 melalui geran usahawan STeP

Pahang sedia RM916,000 melalui geran usahawan STeP

Kerajaan Pahang tidak lantik ejen urus permohonan geran usahawan

Kerajaan Pahang tidak lantik ejen urus permohonan geran usahawan

PSG angkat Piala Super, tewaskan Villa

PSG angkat Piala Super, tewaskan Villa

Pelaburan TH: Mengapa risiko berkaitan Jho Low tidak dihalang?

Pelaburan TH: Mengapa risiko berkaitan Jho Low tidak dihalang?

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar