PRU17 Sabah: Lebih 1,000 penyokong  iringi empat calon PH menuju pusat penamaan di Putatan

PUTATAN – Lebih 1,000 penyokong Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mengiringi tiga calon parti menuju pusat penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-17 (PRU17) Sabah di Dewan Sri Putatan, pada Sabtu.

Tiga calon itu adalah Ketua Cabang PKR Putatan, Datuk Awang Husaini Sahari; Ketua UMNO Bahagian Putatan, Jeffrey Nor Mohamed dan Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin.

Mereka bersama-sama penyokong dan pemimpin tertinggi parti berarak hampir satu kilometer dari perkarangan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Putatan jam 8 pagi dan tiba di perkarangan pusat penamaan calon di Dewan Sri Putatan 20 minit kemudian.

Sebelum masuk pusat penamaan, tiga calon PH yang terdiri daripada wakil PKR, BN dan DAP sempat beramah mesra dengan penyokong yang hadir.

Sementara itu, calon parti lain seperti Warisan, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Parti Impian Sabah (PIS), Perikatan Nasional (PN), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) tiba di perkarangan pusat penamaan yang sama diiringi ratusan penyokong masing-masing

Medan pertarungan bagi PRU17 Sabah membuka gelanggangnya pada Sabtu dengan proses penamaan calon di 25 lokasi bagi merebut 73 kerusi yang dipertandingkan.

Related Posts

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

KUALA LUMPUR – Wanita PKR mendesak enam ahli Parlimen parti itu menghentikan segera sebarang gerakan politik yang disifatkan sebagai ‘bermain dua kolam’ atau berdepan tindakan disiplin tegas. Dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Ini bukan soal politik semata-mata

Ini bukan soal politik semata-mata

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi