Mahkamah arah defendan padam video fitnah Tabung Haji

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan seorang pemilik akaun TikTok, Hidayat Ramli memadam klip video yang didakwa memfitnah Lembaga Tabung Haji (TH) di media sosial dalam masa 24 jam.

Peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili TH selaku plaintif berkata, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Hazizah Kassim memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan injunksi sementara secara exparte atau sebelah pihak, terhadap Hidayat, 38, selaku defendan pada Khamis.

Menurutnya, perintah itu turut meliputi larangan terhadap defendan, wakil atau mana-mana individu daripada menerbitkan, menyiarkan, berkongsi atau memuat naik semula klip video bertarikh 17 September lalu.

Beliau berkata, mahkamah turut mengeluarkan injunksi yang menghalang defendan daripada menerbitkan sebarang kenyataan yang serupa atau mempunyai kesan yang sama,” katanya yang menambah pendengaran inter-parte atau kedua belah pihak ditetapkan pada 27 November.

“Permohonan injunksi berkenaan dibuat kerana wujud keadaan mendesak untuk menghentikan penyebaran kandungan berunsur fitnah itu.

“Defendan didakwa secara berniat jahat memuat naik, menyiarkan dan menghebahkan klip video berkenaan.

“Kandungan tersebut palsu serta telah menjejaskan reputasi, mencalar imej dan menjatuhkan maruah TH di mata masyarakat,” katanya, lapor Sinar Harian.

Menurut afidavit sokongan yang diikrarkan Ketua Pegawai Perundangan dan Sekretarial Kumpulan TH, Mohd Suhaimi Ismail melalui permohonan injunksi itu, ia menyatakan defendan memuat naik dan menerbitkan klip bersifat tidak benar dengan menggambarkan pendeposit telah berpusu-pusu mengeluarkan simpanan masing-masing.

Plaintif juga berkata, ia menimbulkan pandangan serong kepada pendeposit dan masyarakat Malaysia terhadap kestabilan kewangan TH.

Katanya, hal berkenaan juga menjejaskan dan merosakkan kestabilan selain menjatuhkan reputasi TH sebagai institusi kewangan Islam yang berwibawa serta dikenali secara meluas di peringkat antarabangsa.

“Setakat tarikh 29 September lalu, klip video yang mengandungi pernyataan fitnah mendapat lebih daripada 3.7 juta tontonan, 53,500 tanda suka, 7,351 komen, 12,200 simpanan dan dikongsi lebih daripada 52,700 kali oleh pengguna TikTok seluruh dunia, termasuk di Malaysia.

“Tidak dinafikan, banyak komen negatif atau cacian susulan penerbitan terhadap TH, sekali gus menimbulkan rasa takut sehingga mereka menyatakan hasrat untuk menutup akaun masing-masing,” katanya.

Related Posts

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

KOTA KINABALU – Kira-kira 250 pelari dari 26 negara dijangka menyertai Mount Kinabalu International Climbathon edisi ke-33 yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills