PRN17 Sabah: Sindumin rekod persaingan 10 penjuru

SIPITANG – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah menyaksikan persaingan 10 penjuru pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Sindumin, Abdul Karim AM Zahari mengesahkan perkara itu pada pengumuman calon yang layak bertanding di Dewan Serbaguna Sipitang, di sini pada Sabtu.

Persaingan 10 penjuru itu menyaksikan persaingan antara bekas Ahli Parlimen Sipitang calon Pakatan Harapan, Datuk Yamani Hafez Musa; calon Warisan, Yusri Pungut; calon PIS, Markus Buas; calon Perikatan Nasional (PN), Dayang Syafiqah; calon STAR Sabah, Moktar Matussin; calon PKS, Kanafia Bujang; calon KDM, Sani Miasin dan tiga calon Bebas, Wilson Liou, Abdilah Jalaf serta Ibrahim Tuah.

Menurut Abdul Karim penyerahan kesemua borang penamaan calon bermula pukul 9 pagi.

Karim berkata borang penamaan calon selesai disemak dan beliau berpuas hati serta tiada calon yang ditolak kertas penamaan calon.

Berdasarkan rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Sindumin mempunyai pengundi berdaftar seramai 25,536 orang.

Terdahulu, SPR menetapkan 29 November ini sebagai Hari Pengundian PRN17 selepas DUN Sabah dibubar pada 6 Oktober lalu dengan tarikh pengundian awal pada 25 November 2025.

Related Posts

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

KERAJAAN Persekutuan akan terus komited memperkasa agenda pembangunan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat Johor meskipun Barisan Nasional (BN) diberi mandat membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir