Kontrak Casemiro mungkin disambung secara bersyarat

PENGURUS Manchester United, Ruben Amorim dilaporkan bersedia melanjutkan kontrak Casemiro tetapi dengan satu syarat utama.

Kontrak semasa pemain tengah berpengalaman itu akan tamat pada 30 Jun depan, namun United memiliki pilihan untuk menyambungnya setahun lagi.

Walaupun dikaitkan dengan perpindahan lumayan ke Arab Saudi pada jendela perpindahan musim panas lalu, Casemiro menegaskan mahu kekal di Old Trafford dan terus berjuang merebut tempat dalam pasukan kendalian Amorim.

Pemain berusia 33 tahun itu – yang dibeli dari Real Madrid pada 2022 dengan nilai £70 juta (RM379 juta) – kini kembali menjadi pilihan utama Amorim di bahagian tengah bersama Bruno Fernandes.

Musim ini, Casemiro memainkan peranan penting dengan menyumbang tiga gol dan satu umpanan gol dalam 10 aksi Liga Perdana Inggeris.

Persembahannya turut menghidupkan semula karier antarabangsa bersama Brazil di bawah kendalian Carlo Ancelotti.

Ketika menyertai United lebih tiga tahun lalu, Casemiro menandatangani kontrak dengan gaji sekitar £350,000 (RM1.89 juta) seminggu.

Jumlah itu sering dianggap beban besar dan menjadi antara sebab kelab dijangka melepaskannya apabila kontrak pemain itu tamat.

Namun prestasinya musim ini membuatkan ramai di kelab mahu dia dikekalkan termasuk Amorim sendiri yang menurut laporan talkSPORT, bersedia menyambung kontraknya setahun lagi jika Casemiro bersetuju menerima pemotongan gaji.

Related Posts

England tewas tipis kepada Sepanyol

KAPTEN England, Harry Kane menyifatkan skuad Three Lions mempamerkan antara aksi terbaik mereka sejak sekian lama biarpun tewas 2-3 kepada juara dunia, Sepanyol dalam saingan Liga Negara-Negara di Wembley, awal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
City bersalah 114 tuduhan dikemukakan EPL

MANCHESTER City didapati bersalah atas 114 daripada 115 pertuduhan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang dihadapi mereka berhubung pelanggaran peraturan kewangan seperti dilaporkan the Athletic, lewat malam tadi. Laporan itu menambah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

Polis giat kesan suspek ragut beg tangan wanita di Kampung Baru Semenyih

  • By Aden
  • September 27, 2026
Polis giat kesan suspek ragut beg tangan wanita di Kampung Baru Semenyih