Petronas, PETROS laksana rundingan perincikan deklarasi bersama – Azalina

PETRONAS kini giat melaksanakan rundingan bersama PETROS bagi memperincikan Deklarasi Bersama yang dimeterai antara kedua-dua pihak pada 21 Mei lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, proses rundingan itu mengambil masa kerana ia perlu mempertimbangkan prinsip komersial, kepentingan bersama dan kelestarian industri minyak serta gas negara.

Selain itu, katanya, rundingan berkenaan juga bertujuan mewujudkan kerangka kerjasama yang lebih strategik, inklusif dan saksama untuk jangka panjang.

Dalam konteks itu, beliau menjelaskan bahawa prinsip utama penyelarasan ialah semua undang-undang Persekutuan dan Sarawak yang berkaitan dengan pengagihan gas di negeri tersebut hendaklah wujud bersama serta dihormati oleh semua pihak yang menjalankan aktiviti berkaitan di Sarawak.

“Seterusnya bagi kepentingan negara, Petronas perlu diberi ruang untuk terus melaksanakan peranan dan tanggungjawabnya seperti yang diperuntukkan bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Akta 144), merangkumi aktiviti huluan hinggalah penjualan gas asli cecair (LNG) ke pasaran antarabangsa.

“Selain itu, PETROS dilantik sebagai aggregator gas bagi pasaran domestik Sarawak, berkuat kuasa 1 Mac 2025.

“Pelantikan ini akan dihormati dan disokong oleh semua pemain industri terbabit dalam pengedaran serta pembekalan gas kepada pengguna dalam negeri,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Awang Hashim (PN–Pendang) mengenai status terkini rundingan hak minyak dan gas antara Petronas dan Kerajaan Sarawak, serta penyelesaian terhadap sebarang prospek pertikaian.

Mengulas lanjut, Azalina menjelaskan bahawa satu lagi prinsip utama penyelarasan ialah sebarang perjanjian atau kontrak sedia ada dan pada masa depan yang membabitkan Petronas dan/atau anak syarikatnya dengan pihak ketiga bagi tujuan penjualan LNG (merangkumi sektor huluan hingga ke pengeksportan LNG), akan terus terpelihara sepenuhnya, tidak terjejas serta kekal berkuat kuasa.

“Petronas masih tetap berusaha menyelesaikan perkara ini melalui pendekatan rundingan dan kolaboratif, dengan memastikan kepentingan semua pihak berkepentingan sentiasa terpelihara.

“Di samping itu, mengekalkan kestabilan serta kelestarian industri minyak dan gas negara keseluruhannya,” katanya.

Related Posts

Pengalaman Singapura jadi rujukan penganjuran F1 Bahrain GP di Sepang – Anwar

PUTRAJAYA – Antara persiapan bagi menjayakan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang pada Oktober depan ialah meneliti pengalaman serta amalan terbaik republik Singapura dalam penganjuran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MoF nafi dakwaan SARA RM100 sekali bayar untuk semua rakyat berusia 18 tahun ke atas

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MoF) menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan menerima bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jenayah di Selangor terus menurun – Ketua Polis Selangor

Jenayah di Selangor terus menurun – Ketua Polis Selangor

Pokok tumbang: Cari jalan penyelesaian, bukan masa untuk menyalahkan mana-mana pihak

Pokok tumbang: Cari jalan penyelesaian, bukan masa untuk menyalahkan mana-mana pihak

Sarawak bersedia terajui perdagangan karbon ikut acuan sendiri

Sarawak bersedia terajui perdagangan karbon ikut acuan sendiri

Penduduk kampung bimbang dakwaan penyebaran bahan disyaki dadah baharu

Penduduk kampung bimbang dakwaan penyebaran bahan disyaki dadah baharu

Sudah tiba masa UMNO akui kelemahan dan salah urus Tabung Haji – KJ

Sudah tiba masa UMNO akui kelemahan dan salah urus Tabung Haji – KJ

SeMURNI anjur bengkel STEM hujung Ogos

SeMURNI anjur bengkel STEM hujung Ogos