Berbeza pandangan secara berhemah cerminan kematangan rakyat – Mohd Na’im

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, menegaskan bahawa amalan berbeza pandangan secara berhemah dan berlandaskan ilmu perlu menjadi budaya dalam masyarakat bagi memelihara keharmonian serta perpaduan negara.

Beliau berkata demikian sebagai menyokong titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, yang menekankan agar isu kaum, agama, negeri dan wilayah tidak disensasikan sehingga menjejaskan perpaduan rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Menurut Mohd Na’im, titah baginda bahawa kemerdekaan dan kemakmuran negara dicapai melalui perpaduan serta kerjasama rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya adalah selari dengan prinsip Malaysia MADANI yang menekankan ihsan, hormat, kemanusiaan serta keterangkuman sebagai teras kemajuan negara.

“Baginda turut mengingatkan bahawa manusia dicipta berbilang bangsa dan puak untuk saling berkenalan serta beramah mesra, sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Hujurat ayat 13.

“Prinsip ini menjadi asas kepada pendekatan Islam Rahmatan lil ‘Alamin yang menjadi tunjang kepada segala dasar dan inisiatif kementerian dalam memperkukuh keharmonian masyarakat majmuk,” katanya dalam hantaran melalui Facebook malam tadi.

Mohd Na’im berkata, pihaknya turut menjunjung tinggi peringatan Sultan Nazrin agar rakyat menggunakan akal kurniaan Ilahi secara bijaksana serta mengelakkan emosi, prasangka dan pertelingkahan yang boleh menggugat keharmonian.

“JPM HEA menegaskan keperluan mengamalkan adabul ikhtilaf, iaitu etika berbeza pandangan dengan berhemah, berlandaskan ilmu dan akhlak sebagai asas kepada budaya dialog serta muafakat dalam masyarakat.

“JPM HEA turut menyambut seruan baginda bahawa semangat permuafakatan yang telah diasaskan sejak kemerdekaan, mesti terus dihormati dan dipertahankan,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa setiap tindakan atau tutur kata yang boleh memecahbelahkan perpaduan nasional perlu dijauhi.

Selain itu, katanya, setiap pemimpin mahupun rakyat wajib menegakkan prinsip adil, amanah dan kasih sayang dalam berkhidmat kepada negara.

“Dalam suasana negara yang sedang berusaha memulihkan ekonomi serta memperkukuh kebajikan rakyat, semua pihak wajar menumpukan tenaga kepada kerja-kerja yang produktif, bukannya menambah luka melalui pertelingkahan politik dan sentimen perkauman.

“JPM HEA menegaskan komitmen untuk terus memperkukuhkan peranan agama sebagai pemangkin perpaduan nasional dan tunjang Malaysia MADANI demi memastikan kedaulatan negara yang aman, harmoni dan makmur kekal terpelihara,” katanya.

Related Posts

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

KUALA LUMPUR – Kenaikan gaji minimum kepada RM2,000 sebulan disifatkan sebagai reformasi penting pasaran tenaga kerja yang bukan sahaja meningkatkan kesejahteraan pekerja, malah membantu memperkukuh kecukupan simpanan persaraan ahli Kumpulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

KUALA LUMPUR -Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik perhatian rakyat apabila menggunakan beberapa istilah yang jarang didengar termasuk ‘waad’ dan ‘lighad’ ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak