Terlalu awal letak jawatan, proses rasmi belum muktamad – PMX

TAWAU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan Datuk Ewon Benedick meletakkan jawatannya sebagai anggota Kabinet Persekutuan ‘terlalu awal’ kerana proses rasmi berhubung pelaksanaan hak 40 peratus hasil Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Persekutuan belum muktamad. 

Anwar berkata, beliau telah dimaklumkan tentang hasrat Ewon bagaimanapun surat peletakan rasmi masih belum diterima pihaknya. 

“Dia ada sampaikan maklumat, surat rasmi itu belum walaupun sudah ada teks dia (Ewon).

“Saya fikir ia terlalu awal untuk dia buat keputusan tapi saya mungkin faham bagaimana dia rasa terdesak dengan keadaan ini yang mereka suarakan,” katanya kepada media selepas Program Jelajah Malaysia Digital (JMD) Sabah di Taman Semarak, pada Isnin. 

Menurut Anwar, mengikut proses biasa, mana-mana penghakiman di peringkat Mahkamah Tinggi terutama apabila terdapat beberapa kelompongan atau kelemahan seharusnya melalui proses rayuan. 

“Tetapi dalam kes ini kerana mandamusnya itu rundingan mungkin ada ruang jadi kita dah bincang di Jemaah Menteri maknanya kita akan muktamadkan minggu ini setelah mendengar pandangan Peguam Negara dan Jemaah Menteri.

“Secara peribadi saya cenderung untuk elak daripada merayu dan itu sudah saya jelaskan,” katanya. 

Jelasnya, sebagai pemimpin, tidak boleh bertindak dalam keadaan panik sebaliknya perlu mendengar dan memahami keresahan rakyat Sabah namun tetap berpegang pada perlembagaan. 

“Prosesnya mesti dilalui dan penghakiman baru diterima tiga hari yang lalu. Kita dapati ada kekuatan dan ada kelemahan termasuk yang saya sebut tadi. 

“Jadi, baca dulu, dengar Peguam Negara dan kemudian buat keputusan.

“Itu sebabnya saya kata kempen-kempen ini mesti berdasarkan fakta. Kalau kempen-kempen berdasarkan sentimen bagi marah, jadi kita tersepit,” ujarnya. 

Pada Sabtu, Ewon yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), menerusi kenyataan di Facebooknya melepaskan jawatannya susulan pendirian Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kes Semakan Kehakiman berkaitan hak 40 peratus hasil Sabah.

Dalam kenyataan itu, beliau tidak dapat bersetuju dengan pandangan dan pendirian AGC seperti dinyatakan dalam penghakiman bertulis Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Celestina Stuel Galid yang menurutnya mengabaikan sejarah pembentukan Persekutuan Malaysia dan syarat penyertaan Sabah berdasarkan dokumen asas perlembagaan.

Related Posts

Nurul Izzah lepas jawatan, kita terima baik – Anwar

PETALING JAYA – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima baik keputusan anaknya, Nurul Izzah Anwar untuk melepaskan jawatan Timbalan Presiden parti itu. Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kamil Munim dakwa Pas ‘alih tiang gol’, elak bahas dapatan RCI Tabung Haji

KUALA LUMPUR – Sikap parti pembangkang Pas yang lebih berminat mencari ruang untuk membantah tindakan kerajaan berkenaan dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) disifatkan tidak wajar. Ketua Angkatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nurul Izzah lepas jawatan, kita terima baik – Anwar

Nurul Izzah lepas jawatan, kita terima baik – Anwar

Pesantun 2026 jayakan misi perkasa seni budaya warisan bangsa

Pesantun 2026 jayakan misi perkasa seni budaya warisan bangsa

Pasangan penagih warga emas antara 1,000 individu ditahan AADK

Pasangan penagih warga emas antara 1,000 individu ditahan AADK

Hasil sektor hutan Pahang cecah RM80 juta

Hasil sektor hutan Pahang cecah RM80 juta

PRU16: PH berada dalam kedudukan stabil, BN- PN berdepan masalah kerjasama

PRU16: PH berada dalam kedudukan stabil, BN- PN berdepan masalah kerjasama

Kamil Munim dakwa Pas ‘alih tiang gol’, elak bahas dapatan RCI Tabung Haji

Kamil Munim dakwa Pas ‘alih tiang gol’, elak bahas dapatan RCI Tabung Haji