City selamba tumbangkan Liverpool 3-0

MANCHESTER City meraikan perlawanan ke-1,000 Pep Guardiola sebagai pengurus dengan kemenangan bergaya 3-0 ke atas Liverpool untuk merapatkan jurang kepada empat mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal.

Erling Haaland bangkit selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti awal untuk menanduk masuk gol ke-99 dalam saingan EPL sebelum rembatan Nico Gonzalez – yang terkena pemain lawan – dan jaringan menakjubkan Jeremy Doku mengesahkan status City sebagai pencabar utama Arsenal dalam perebutan kejuaraan.

Liverpool kini tewas lima daripada enam aksi liga terakhir mereka, sekali gus menyaksikan juara bertahan itu jatuh ke tangga kelapan, lapan mata di belakang pendahulu.

Rentetan kemenangan 10 perlawanan Arsenal berakhir dengan keputusan seri 2-2 menentang Sunderland kelmarin dan skuad bimbingan Guardiola memanfaatkan peluang itu sepenuhnya dalam pertarungan antara dua kuasa besar EPL sepanjang sedekad lalu.

“Terima kasih kepada pemain dan kakitangan atas hadiah luar biasa ini,” kata Guardiola.

“Saya beritahu pemain, ‘jangan lakukannya kerana Arsenal gagal menang semalam. Lakukan kerana kami percaya kepada diri sendiri’.

“Kami menentang juara England. Tunjukkan kami mampu berdiri sebaris dengan mereka (Arsenal) musim ini dan hari ini saya rasa kami sudah buktikan.”

Walaupun beberapa keputusan pengadil tidak memihak kepada anak buah Arne Slot, perlawanan itu menjadi bukti betapa jauhnya mereka merosot sejak menewaskan City 2-0 di Etihad pada Februari lalu.

The Reds sebelum ini mempamerkan tanda kebangkitan selepas menewaskan Aston Villa dan Real Madrid dalam tempoh lapan hari, namun gagal menandingi permainan kemas dan bertenaga City yang kini mencatat 11 kemenangan daripada 14 perlawanan terakhir dalam semua pertandingan.

Related Posts

Adeola hadiah emas pertama Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya

KOTA KINABALU – Atlet karate negara kelahiran Tambunan, Sabah, Adeola Fay Robert, mencipta sejarah apabila menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun, hari ini. Atlet…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Skuad United dalam keadaan terlalu lemah

LEGENDA Manchester United, Wayne Rooney menyifatkan skuad The Red Devils ketika ini terlalu lemah selepas kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengharungi permulaan musim yang mengecewakan. Rooney berpendapat, pengurusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

  • By Ezmie
  • September 23, 2026
90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat