JAIP tahan 8 suspek ahli ‘Jemaah Nur Ahmad Istana Pelangi’

KUANTAN – Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menahan lapan pengikut kumpulan ‘Jemaah Nur Ahmad Istana Pelangi’ termasuk ketuanya bergelar ‘Ayahanda’ kerana dipercayai terbabit ajaran sesat.

Kumpulan itu – termasuk seorang wanita – berusia 45 hingga 66 tahun ditahan hasil serbuan ke atas bekas gudang perabot yang dijadikan tempat tinggal di Kampung Sungai Putat, di Pulau Tawar, Jerantut, jam 2.30 petang Jumaat lalu.

Pengarah JAIP, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata, susulan penahanan itu, pihaknya menemui dan merampas pelbagai dokumen bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Menurutnya, turut dirampas pelbagai alatan dipercayai berunsur kurafat antaranya tongkat, ikatan kain kuning dan kain hitam, batu berlilit kain kuning, pelekat tertera ‘solat jamak fardu seumur hidup’, nota bertulis lafaz selawat beserta ikrar meragukan dan sebuah komputer riba.

“Hasil siasatan awal, ketua kumpulan terbabit berusia 45 tahun berasal dari Kampung Sungai Tekam Utara, Jerantut yang bekerja sendiri itu dipercayai menyewa premis bekas gudang perabot diubah suai sebagai tempat tinggal bersama empat anaknya berusia lapan hingga 15 tahun.

“Tujuh pengikutnya terdiri mereka yang bekerja sendiri dan pengganggur kebanyakan berasal dari luar Pahang turut tinggal di premis itu,” katanya melalui kenyataan.

Ahmad Khirrizal berkata, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti bila kegiatan itu wujud selain mengesan individu lain yang terbabit dengan kumpulan itu.

Jelas beliau, ketua dan ahli kumpulan terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 18 dan Seksyen 19 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013.

“Semua suspek telah dibebaskan pada Sabtu dengan jaminan pegawai penguat kuasa JAIP sementara menunggu kertas siasatan dilengkapkan,” ujarnya.

Sementara itu katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan kumpulan ini diminta tampil membantu siasatan

Related Posts

Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

KOTA KINABALU – Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) akan menyelaras dengan agensi berkaitan bagi menyemak pematuhan pengendali, vesel, aktiviti pelancongan dan kemudahan susulan kematian seorang pelancong China…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

KOTA KINABALU – Empat lelaki maut selepas Perodua Viva yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Jalan Sepanggar, berhampiran Taman Jaya Diri, kira-kira jam 2.30 pagi tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

Polis giat kesan suspek ragut beg tangan wanita di Kampung Baru Semenyih

  • By Aden
  • September 27, 2026
Polis giat kesan suspek ragut beg tangan wanita di Kampung Baru Semenyih