Produk usahawan Pahang tembus pasaran global

KUANTAN – Kerajaan Pahang terus memperkukuh kedudukan usahawan tempatan apabila produk hasil tangan anak negeri itu berjaya menembusi pasaran global, khususnya di China.

Exco FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang, Datuk Amizar Abu Adam berkata, pencapaian itu disifatkan sebagai kejayaan besar hasil semangat dan kualiti dimiliki usahawan terbabit.

“Langkah ini bukan sekadar membawa produk ke luar negara, tetapi membawa bersama identiti dan keteguhan jenama Pahang yang mencerminkan keunikan serta ketekunan pengusahanya,” ujarnya.

Beliau berkata, kerajaan negeri melalui pelbagai agensi terus komited memperkukuh ekosistem keusahawanan melalui pendekatan berasaskan inovasi, transformasi digital dan strategi penjenamaan moden.

Usaha itu, katanya, berjaya meningkatkan daya saing produk Pahang di peringkat antarabangsa, termasuk dalam sektor halal dan eksport.

“Inilah bukti bahawa usahawan Pahang bukan sahaja mampu bersaing, malah berpotensi menjadi peneraju dalam industri halal dan eksport masa depan negara,” ujarnya.

Inisiatif tersebut menjadi sebahagian daripada agenda pemerkasaan ekonomi negeri, selaras dengan aspirasi menjadikan jenama ‘Made in Pahang’ sebagai simbol kebanggaan negara yang dikenali di pasaran global.

“Saya yakin dengan semangat gigih dan sokongan padu daripada kerajaan negeri, produk dan jenama usahawan Pahang akan terus berkembang serta dikenali di pentas antarabangsa,” tambahnya.

Related Posts

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

BUKIT MERTAJAM – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat pada 8 Ogos ini bagi meneliti punca kekalahan gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, selain merangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

TAWAU – Projek Skim Bekalan Air Tawau Fasa III bernilai RM450.5 juta iaitu pembinaan Empangan Air yang membekal air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA) Cinta Mata 1 dan 2…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan