Belia mahu kepimpinan berintegriti dan negara yang adil

GOLONGAN belia hari ini mengharapkan kepimpinan negara yang berintegriti, telus dan bertanggungjawab, selain mendambakan sebuah negara yang maju dan adil, kata Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) Zon Selatan, Muhammad Asri Ibrahim.

Beliau berkata, berdasarkan sesi libat urus dan pengamatan di lapangan, belia sering meluahkan kebimbangan terhadap persepsi bahawa semua pemimpin adalah sama, sedangkan mereka menuntut kepimpinan yang benar-benar melaksanakan amanah dengan jujur.

“Belia tidak mahu semua pemimpin dilihat sama. Mereka mahukan kepimpinan yang telus dan berintegriti. Pada masa yang sama, mereka inginkan negara yang adil, progresif dan berkeupayaan melindungi masa depan mereka. Sebenarnya, semuanya sudah termaktub dalam aspirasi Malaysia MADANI,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu jemputan dalam podcast Minda Tok Abah yang disiarkan pada Jumaat.

Menurut Asri, cabaran utama ialah membantu generasi muda untuk memahami bahawa nilai dan aspirasi yang mereka tuntut selari dengan gagasan Malaysia MADANI, namun masih memerlukan usaha berterusan untuk memastikan mereka menghayatinya.

“Sebab itu kami turun ke lapangan, menyantuni belia, menjelaskan dasar dan membina hubungan. Kita mahu mereka menjadi rakan pelengkap kepada kerajaan, bukan sekadar penonton dari jauh. Belia ialah aset negara yang sangat kita perlukan,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa masa depan negara akan bergantung kepada keupayaan golongan muda menguasai kemahiran digital, berfikir secara kritis dan tidak mudah dipengaruhi maklumat yang dimanipulasi.

Related Posts

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

KUALA LUMPUR – Semua pemberi perkhidmatan media sosial berlesen diwajibkan melaksanakan mekanisme pengesahan umur menggunakan dokumen rasmi bagi memastikan hanya individu berusia 16 tahun ke atas dibenarkan mendaftar dan memiliki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH Negeri Sembilan mangsa politik identiti kaum, agama

KEPUTUSAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan membuka satu persoalan besar yang perlu direnungi oleh seluruh rakyat Malaysia, khususnya pengundi Melayu. Adakah kita memilih kerajaan berdasarkan prestasi, atau berdasarkan sentimen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penduduk jumpa fosil dinasour usia lebih 130 juta tahun

Penduduk jumpa fosil dinasour usia lebih 130 juta tahun

Malaysia perlu lahirkan lebih banyak juara korporat bertaraf serantau

Malaysia perlu lahirkan lebih banyak juara korporat bertaraf serantau

Jelapang Padi Darul Ehsan catat hasil 70 peratus lebih tinggi berbanding purata negeri

Jelapang Padi Darul Ehsan catat hasil 70 peratus lebih tinggi berbanding purata negeri

Penjawat awam diseru hayati nilai Jalur Gemilang, bukan sekadar kibarkan

Penjawat awam diseru hayati nilai Jalur Gemilang, bukan sekadar kibarkan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan