Anwar arah percepat projek infrastruktur

BUTTERWORTH – Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua agensi dan jabatan kerajaan, termasuk syarikat pengendali yang terbabit dalam projek berkaitan infrastruktur, mempercepatkan proses pembinaan demi menjaga kepentingan rakyat serta ekonomi negara.

Perdana Menteri berkata, prestasi Malaysia yang dikenali dunia membuka banyak peluang pelaburan ke negara ini, yang memerlukan prasarana dipertingkatkan kerana infrastruktur adalah jaminan diberi keutamaan oleh pelabur.

“Maknanya, (ini satu) keperluan kerajaan persekutuan mengatur dasar dan kerjasama (bersama) kerajaan negeri yang progresif dan cekap.

“Ini membantu sebenarnya. Jadi saya harap kita jaga keamanan dan jaga kepentingan negara dan kepentingan rakyat.

“Tidak banyak negara yang mampu capai apa yang kita lakukan. Kita tidak pernah sempurna, malah saya tidak pernah mengaku kita ini sudah sempurna.

“Kalau memang (ada) kelemahan harus kita betulkan. Kelewatan tidak harus berlaku dan perlu dipercepatkan.

“(Sebab itu) kita membantah (keras) rasuah (yang menjadi punca kepada kelewatan) dan ia masih berlaku. Kita (kerajaan) bagi amaran dan bagi laluan sepenuhnya kepada SPRM (Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia), polis, LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) jalan kerana itu tanggungjawab mereka.

“Jadi, kita dapat kumpul dana yang besar, menyelamatkan negara dari ketirisan dan pemborosan dan rasuah. Jadi agendanya belum selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah bagi Projek Penyuraian Trafik di antara Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sungai Dua (PTJSD), Pulau Pinang di Tapak Ekspo Seberang Jaya, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, projek penyuraian trafik bagi mengatasi kesesakan itu antara yang diperlukan dan dinantikan rakyat sejak sekian lama, bukan saja Pulau Pinang tetapi negeri-negeri utara lain termasuk Kedah.

“Saya harap dengan majlis seperti ini yang menunjukkan kepentingan infrastruktur dari segi keselesaan rakyat. Itu yang utama.

“Keselesaan rakyat dari segi pengangkutan lebuh raya dan dapat menyakinkan yang saya nak sebut mengenai Pembangunan Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) di daerah Kerian, yang pakar kita bila berunding dengan pelabur, nyatakan kita ada pelabuhan di Pulau Pinang, lapangan terbang tetapi jalan raya sesak.

“Jadi pelabur dia bangkitkan isu ini (kesesakan trafik) pada masa itu saya kata saya bagi jaminan yang kita akan selesaikan dan hari ini Alhamdullillah peringkat pertama dah selesai,” katanya.

Untuk rekod, projek PTJSD yang menelan kos dianggarkan RM3 bilion sepanjang 17.3 kilometer bertujuan untuk menyuraikan trafik bagi menyelesaikan isu kesesakan setempat yang mengganggu ekonomi negara, khususnya di utara Semenanjung Malaysia.

Related Posts

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ada keperluan Akta Hasutan 1948 dimasuhkan segera – Hilman

KUALA LUMPUR – Keputusan mahkamah membebaskan Ketua Pemuda Bersatu, Muhammad Hilman Idham daripada tuduhan membuat kenyataan menimbulkan kegentaran awam membuktikan wujud keperluan Akta Hasutan 1948 dimansuhkan segera. Beliau yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan