PM masih ‘tutup mulut’ rombakan Kabinet

SEBERANG PERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga ke hari ini masih mengambil pendekatan ‘menutup mulut’ berhubung spekulasi rombakan Kabinet yang bakal berlaku dalam terdekat meskipun desas-desus mengenai perkara terbabit sedang hangat diperkatakan.

Ketika ditanya mengenai kebimbangan jemaah Menteri yang didakwa bakal hilang jawatan sekiranya berlaku rombakan, pendirian Anwar dilihat masih sama dan enggan menyentuh mengenai isu tersebut.

“Ya kah?” katanya ringkas.

Demikian menurutnya ketika ditemui pemberita selepas hadir Majlis Peluncuran Masjid MADANI Seberang Perai Tengah di sini, hari ini.

Semalam, Anwar secara secara berseloroh meminta pihak media mengemukakan senarai nama barisan Kabinet baharu.

Terdahulu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir memberi bayangan akan berlaku rombakan Kabinet dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.

Dalam ucapan pada majlis penutup FOI 2025, Zambry mengharapkan Anwar dapat memberikan sokongan penuh kepada penganjuran FOI untuk tahun-tahun akan datang meskipun beliau tidak mengetahui sama ada masih menerajui kementerian itu atau sebaliknya.

Related Posts

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

KANGAR – Kebun buah-buahan, rumah kediaman dan stor dijadikan lokasi menyimpan senjata api serta peluru milik satu sindiket yang dipercayai aktif di utara Semenanjung sejak 2019. Ketua Polis Perlis, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peranan ejen Tan Sri, Datuk beli aset pertahanan dihentikan – PMX

PORT DICKSON – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan berjaya mengurangkan kos pembelian Kapal Misi Pesisir (LMS) sebanyak 15 peratus menerusi rundingan secara terus antara kerajaan Malaysia dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

JPN Selangor janji tindakan tegas susulan kes pelajar dipukul di Seri Kembangan