Meta perlu jawab dakwaan dibuat Reuters

PUTRAJAYA – Kerajaan memandang serius laporan agensi berita Reuters yang mendakwa Meta meraih sehingga 10 peratus hasil tahunannya, atau sekitar AS$16 bilion menerusi kegiatan haram seperti penipuan dan judi dalam talian.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, syarikat gergasi teknologi itu perlu memberikan penjelasan penuh berhubung laporan agensi berkenaan.

Tegasnya, kegiatan itu sememangnya menyalahi undang-undang di Malaysia.

“Ini kali pertama kita mendapat laporan media antarabangsa oleh Reuters yang dengan terperinci memberikan angka berdasarkan dokumen dalaman pihak Meta.

“Sekiranya benar, ini amat membimbangkan kerana memberi bayangan bahawa antara sumber keuntungan bagi Meta adalah aktiviti haram termasuk di Malaysia,” jelasnya pada sidang media mingguan.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan MADANI berkata, setakat ini belum ada kenyataan ‘memberangsangkan’ daripada pihak Meta berhubung laporan berkenaan, selain penafian bahawa angka yang dinyatakan ‘bukan dalam konteks sebenar’.

Secara purata, satu dokumen bertarikh Disember 2024 menyatakan, syarikat itu menyalurkan sekitar 15 bilion iklan ‘berisiko lebih tinggi’ yang menunjukkan tanda-tanda jelas penipuan kepada pengguna platformnya.

Daripada jumlah itu, pihak Meta meraih sekitar RM2.5 bilion hasil daripada iklan penipuan serta judi dalam talian di Malaysia.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun