Anwar kunci mulut, minta media cadang nama menteri Kabinet

PUTRAJAYA – Di sebalik spekulasi rombakan Kabinet yang bertiup kencang, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil sikap mengunci mulut.

Ketika didekati pemberita, Anwar secara berseloroh meminta pihak media mengemukakan cadangan senarai bakal menteri Kabinet yang baharu untuk dipertimbangkan.

“Tolong bagi cadangan kalau ada,” katanya ringkas.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Penutup Festival Idea Putrajaya (FOI) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, hari ini.

Terdahulu, dalam majlis sama, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir memberi bayangan seolah-olah rombakan Kabinet akan berlaku dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.

Menurutnya, sokongan Anwar sangat diharapkan untuk penganjuran festival berkenaan bagi tahun-tahun akan datang meskipun nasib beliau sebagai Menteri Kabinet tidak diketahui.

“Jadi, sekali lagi saya berharap sokongan daripada Perdana Menteri yang tidak berbelah bahagi untuk tahun-tahun yang akan datang.

“Sama ada saya masih menjadi menteri Kabinet atau pun tidak, itu soal nombor dua. Ini adalah agenda negara.

“PM (Anwar) senyum saja bagi isyarat, sebab saya pun tak lama dua tiga minggu saja lagi,” katanya ketika berucap pada majlis itu, lapor Sinar Harian.

Zambry yang juga Setiausaha Agung BN mengangkat sumpah sebagai Senator pada 2 Disember 2022 di Istana Negara sebelum dilantik sebagai Menteri Pertahanan dan seterusnya Menteri Pendidikan Tinggi.

Turut mengangkat sumpah pada tarikh sama ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Tengku Zafrul adalah satu-satunya senator yang berkhidmat selama dua penggal berbanding tiga yang lain.

Related Posts

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

KUALA PILAH – Lembaga Tabung Haji (TH) bukan sekadar institusi yang menguruskan simpanan, sebaliknya memikul amanah besar umat Islam yang mahu menunaikan rukun Islam kelima, kata Ahli Parlimen Hulu Langat,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

KUALA PILAH – Kenyataan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, yang membangkitkan soal asal-usul kaum di Malaysia membuktikan keperluan negara mengamalkan budaya politik matang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Aniq ‘angkat’ pingat emas pertama negara di Sukan Komanwel Glasgow

Aniq ‘angkat’ pingat emas pertama negara di Sukan Komanwel Glasgow

Kolej Komuniti Jelai pemangkin modal insan, ekonomi setempat

Kolej Komuniti Jelai pemangkin modal insan, ekonomi setempat