Zahid mula lawatan kerja ke China hari ini

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan lawatan kerja empat hari ke Republik Rakyat China bermula hari ini hingga 7 November.

Beliau akan diiringi pegawai kanan kementerian dan agensi berkaitan, serta wakil perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia.

Lawatan ini adalah kunjungan pertama beliau ke China pada tahun 2025 dan menzahirkan komitmen berterusan Malaysia memperkukuh hubungan serta memperluas kerjasama dalam pelbagai sektor demi manfaat bersama kedua-dua negara.

Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, sepanjang lawatan itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah akan merasmikan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia Shanghai 2025, serta bertemu pihak berkepentingan utama sektor halal di China.

Ia bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai peneraju global industri halal dan membuka peluang ke pasaran baharu di seluruh dunia.

Pada tahun 2024, China berada di tangga kedua sebagai destinasi eksport halal Malaysia, dengan nilai eksport keseluruhan berjumlah RM7.04 bilion.

Delegasi itu juga dijadualkan untuk mengadakan perbincangan peringkat tinggi bagi memperkukuh kerjasama dua hala, dengan penekanan khusus terhadap sektor utama seperti industri halal serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional.

Timbalan Perdana Menteri juga dijangka menghadiri majlis perasmian Ekspo Import Antarabangsa China ke-8 dan merasmikan Pavilion Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia.

Beliau juga akan menyaksikan majlis menandatangani beberapa memorandum persefahaman antara syarikat Malaysia dan China dalam bidang industri halal, perdagangan dan pelaburan.

Malaysia dan China telah menjalin hubungan diplomatik sejak 31 Mei 1974, dan selama 16 tahun berturut-turut sejak 2009, China kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia.

Jumlah dagangan antara kedua-dua negara direkodkan sebanyak RM484.12 bilion pada tahun 2024, iaitu 16.8 peratus daripada jumlah keseluruhan dagangan global Malaysia bernilai RM2.879 trilion.

Related Posts

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

TINDAKAN Barisan Nasional (BN) meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dilihat mencabar kedudukan Wawasan yang memberi isyarat bahawa kerusi Parlimen turut akan dirampas UMNO pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

ISU moral yang membabitkan tangkapan khalwat ke atas pemimpin parti Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad baru-baru ini bakal menjadi beban kepada kesemua 15 calon parti itu yang bertanding di Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak