Kerajaan pastikan tindakan turun kandungan dalam talian ikut undang-undang – Fahmi

KERAJAAN menegaskan bahawa setiap tindakan atau permohonan untuk menurunkan kandungan dalam talian dilakukan mengikut lunas undang-undang sedia ada. Langkah ini bertujuan memastikan pelaksanaan kawalan kandungan digital dibuat secara telus dan adil tanpa dipengaruhi latar belakang atau kecenderungan politik mana-mana pihak.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, langkah tersebut penting bagi mengelakkan penyalahgunaan kebebasan bersuara serta mengekalkan keseimbangan antara hak individu dan kepentingan awam demi keharmonian masyarakat.

Menurut beliau, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melaksanakan fungsi kawal selia dan penguatkuasaan berdasarkan peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

“Tindakan yang diambil MCMC adalah selaras dengan tanggungjawab statutori di bawah Akta 588 bagi memastikan penyebaran maklumat dilakukan secara bertanggungjawab dan tanpa menyebarkan maklumat palsu, ucapan berbaur kebencian serta melindungi integriti Raja berperlembagaan dan institusi demokrasi daripada sebarang percubaan untuk mencetuskan kebencian atau penghinaan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH–Balik Pulau) mengenai tahap ketelusan kerajaan dalam melaksanakan sekatan terhadap kandungan digital di media sosial, khususnya yang menjurus kepada fitnah dan berita tidak benar.

Fahmi menjelaskan bahawa setiap tindakan terhadap kandungan yang melanggar undang-undang lazimnya berbentuk permohonan kepada penyedia perkhidmatan dalam talian. Tindakan tersebut tertakluk kepada penilaian serta pertimbangan pihak penyedia berdasarkan garis panduan komuniti yang ditetapkan.

Bulan lalu, Fahmi memaklumkan bahawa MCMC telah mengemukakan 139,880 permohonan kepada penyedia perkhidmatan untuk menurunkan kandungan berunsur penipuan, dan 95 peratus daripada jumlah tersebut berjaya diturunkan dari 1 Januari 2022 hingga 30 September lalu.

Selain itu, secara keseluruhannya, sebanyak 558,108 kandungan dalam talian dilaporkan telah diturunkan oleh penyedia platform dari 1 Januari 2022 hingga 1 Ogos lalu. Kandungan tersebut melibatkan kategori perjudian, penipuan, kandungan jelik, buli atau gangguan serta kandungan palsu.

Related Posts

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Dakwaan langkah kerajaan mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bertujuan meraih sokongan pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, tidak dipersetujui…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis tidak terima laporan rumah Orang Asli dibakar

Polis tidak terima laporan rumah Orang Asli dibakar

Enam maut kemalangan kereta, lori satu tan

Enam maut kemalangan kereta, lori satu tan

Rakyat berilah undi pada PH demi kestabilan, pembangunan Negeri Sembilan

Rakyat berilah undi pada PH demi kestabilan, pembangunan Negeri Sembilan

Jawapan buat Asraf Wajdi, peruntukan negeri jelas MB Negeri Sembilan mestilah Melayu Islam

Jawapan buat Asraf Wajdi, peruntukan negeri jelas MB Negeri Sembilan mestilah Melayu Islam

Pas perlu contohi kepimpinan AMANAH – Vigneswaran

Pas perlu contohi kepimpinan AMANAH – Vigneswaran

Jangan jadikan isu institusi diraja sebagai modal kempen pilihan raya – Penganalisis

Jangan jadikan isu institusi diraja sebagai modal kempen pilihan raya – Penganalisis