Kuota BUDI95 e hailing dinaikkan kepada 800 liter sebulan – PMX

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar kuota tambahan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kepada pemandu e-hailing sepenuh masa dari 600 kepada 800 liter sebulan, berkuat kuasa November ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan perkara itu berkata, tambahan kuota itu melibatkan 58,000 pemandu e-hailing yang layak dengan jumlah perjalanan sehingga 5,000 kilometer (km) sebulan.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat setelah kerajaan meneliti rayuan pemandu e-hailing berdasarkan kegunaan sebenar.

“Untuk Oktober, kerajaan telah menyediakan kelayakan tambahan kepada pemandu e-hailing aktif dengan menaikkan dari 300 liter kepada 600 liter, berapa ramai yang dapat iaitu 58,000 pemandu e-hailing layak menerima sehingga 600 liter sebulan.

“Ada rakan-rakan e-hailing yang merasakan masih belum cukup, jadi kita sekarang mengkaji, kalau betul ada rekod dan keperluan maka kerajaan saya nak umumkan di sini.

“Kerajaan bersetuju meningkatkan had kelayakan BUDI95 bagi pemandu e-hailing yang layak sehingga 800 liter sebulan, maknanya 5,000 km tertakluk kepada syarat perjalanan yang ditetapkan,” katanya semasa sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid meminta Perdana Menteri menyatakan kemajuan bulan pertama pelaksanaan Program Penyasaran Subsidi RON95 dan isu berbangkit terutamanya golongan pemandu teksi lapangan terbang, pemandu e-hailing dan pengguna bot sungai berhubung kelayakan mereka di bawah BUDI95.

Anwar berkata, kerajaan juga telah meluaskan kelayakan BUDI95 kepada nelayan yang tidak mempunyai lesen memandu yang berdaftar dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan agensi Kerajaan Sabah dan Sarawak.

“Setakat 31 Oktober 2025, hampir 24,000 pengguna bot berdaftar tanpa lesen memandu telah diluluskan untuk menerima BUDI95,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, pemandu teksi lapangan terbang juga menerima manfaat sama yang sebelum ini tidak tersenarai dalam penerima petrol RON95 bersubsidi.

“Kerajaan juga turut bersetuju supaya teksi lapangan terbang turut disenaraikan sebagai kenderaan yang layak menerima petrol RON95 bersubsidi di bawah Skim Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS),” katanya.

Pada 13 Oktober lalu, kerajaan telah mengumumkan kenaikan had siling kelayakan bulanan BUDI95 kepada pemandu e-hailing sepenuh masa kepada 600 liter sebulan dan memanfaatkan hampir 58,000 pemandu e-hailing.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula