Karnival Sukan DUN Pulau Tawar 1.0 platform rapat hubungan komuniti

KUANTAN – Karnival Sukan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar 1.0, Jerantut, berlangsung meriah dengan penyertaan penduduk daripada pelbagai peringkat umur.

Program julung kali itu bertujuan memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan komuniti setempat.

Penyelaras DUN Pulau Tawar, Norsarfinaz Mohd Azman berkata, penganjuran karnival itu amat penting bagi memperkukuhkan semangat perpaduan dan kebersamaan penduduk di peringkat akar umbi.

“Sukan bukan sekadar pertandingan untuk mencari pemenang, tetapi wadah untuk kita membina hubungan silaturahim, semangat berpasukan dan kesihatan yang lebih baik.

“Saya berharap karnival ini dapat diteruskan sebagai acara tahunan demi manfaat komuniti Pulau Tawar,” katanya.

Beliau memaklumkan karnival berkenaan juga menjadi platform asas dalam mencungkil bakat baru sukan tertentu dalam kalangan belia setempat.

“Ia juga boleh menjadi medan golongan muda menonjolkan daya saing dan kepimpinan mereka,” katanya.

Antara acara dipertandingkan termasuk bola sepak, bola jaring, badminton, tarik tali dan senamrobik komuniti, yang mendapat penyertaan menggalakkan daripada penduduk.

Penganjuran Karnival Sukan DUN Pulau Tawar 1.0 membuktikan bahawa semangat kesukanan mampu menjadi jambatan perpaduan, di samping menyemai nilai sihat, aktif dan ceria dalam kalangan masyarakat.

Related Posts

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

MUAR – Cubaan sindiket penyeludupan dadah membawa keluar pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM57 juta ke negara jiran berjaya dipatahkan apabila Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan dua individu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun ditahan dalam Op Tapis Khas yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing