Kerjasama Malaysia-AS berlandaskan prinsip keterbukaan

GYEONGJU – Kerjasama strategik antara Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS) adalah berlandaskan prinsip keterbukaan, keadilan dan saling menghormati, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu antara yang dinyatakan Perdana Menteri semasa mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent di luar Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) di sini, hari ini.

“Tumpuan turut diberikan kepada usaha memperkukuh pertalian ekonomi dua hala, termasuk komitmen bersama antara Perbendaharaan AS dan Bank Negara Malaysia dalam memastikan dasar pertukaran mata wang berdaya tahan, kestabilan pasaran kewangan, serta tadbir urus yang telus dan berintegriti,” katanya, lapor Bernama.

Perdana Menteri berkata, perbincangan itu turut menyentuh kerjasama dalam memperkukuh sistem kewangan mampan dan terbuka, selaras dengan aspirasi APEC untuk pertumbuhan inklusif dan berdaya tahan.

Bessent turut menyampaikan penghargaan kepada Malaysia atas layanan mesra diberikan kepada Presiden AS, Donald Trump dan delegasinya semasa lawatan rasmi ke Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Saya sekali lagi menyampaikan ucapan terima kasih kepada Presiden Trump atas kunjungan beliau yang mencerminkan iltizam tinggi kepimpinan AS dalam memperkukuh hubungan dua hala yang konstruktif, saling menghormati dan membawa manfaat bersama,” kata Perdana Menteri.

Beliau turut menghargai peranan AS dalam memperluas jaringan pelaburan, perdagangan dan keamanan global berasaskan prinsip dialog, keadilan dan saling memahami.

Related Posts

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perkembangan ekonomi Malaysia tidak bergantung AI, semikonduktor – BNM

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) ketika ini tidak melihat keperluan untuk menyemak unjuran pertumbuhan ekonomi dan sebarang perubahan lazimnya akan dibuat ketika pengumuman belanjawan. Gabenor Bank Negara Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok