Kilang tayar dan plastik musnah terbakar di Batu 9 Jalan Indah Ria

KUCHING – Dua buah kilang musnah dalam kebakaran besar di Batu 9, Jalan Indah Ria pada malam Rabu, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan, panggilan kecemasan diterima pada jam 11.10 malam, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan digerakkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi pada jam 11.31 malam, pasukan mendapati kebakaran melibatkan longgokan tayar seluas kira-kira 60×60 kaki persegi di luar bangunan yang terbakar sepenuhnya.

Api kemudiannya merebak ke dua kilang berhampiran iaitu satu kilang tayar terpakai terbakar 100 peratus, manakala sebuah kilang kitar semula plastik musnah 60 peratus,” katanya.

Beliau berkata, operasi pemadaman turut disertai anggota dari BBP Kota Sentosa, BBP Siburan dan BBP Tabuan Jaya, melibatkan seramai 45 anggota dengan kekuatan tiga jentera FRT, satu CFRT, satu water tanker, tiga EMRS, dua kenderaan Hilux dan satu van operasi.

“Pasukan menggunakan beberapa aliran dan sumber air daripada dua pili bomba berhampiran serta bantuan tangki air bagi mengawal kebakaran daripada merebak ke bangunan lain,” jelasnya.

Kebakaran berjaya dikawal pada 5.15 pagi, namun operasi diteruskan ke hari berikutnya bagi memastikan tiada api tersembunyi di bawah longgokan tayar.

“Tindakan pemadaman ‘direct attack’, ‘fire break’ dan ‘cooling’ dilaksanakan sejak awal pagi hingga malam Khamis. Setakat jam 10.50 malam, 60 peratus kebakaran berjaya dipadamkan, manakala 40 peratus lagi masih dikesan di bahagian belakang kilang,” katanya.

Beliau menambah, api kembali marak semula sekitar jam 5.45 pagi Jumaat, dan kerja-kerja pemadaman diteruskan secara berterusan dengan teknik pemadaman defensif.

Antara agensi yang turut membantu ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), NREB, SESB, dan Unit K9 JBPM.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, dan punca serta jumlah kerugian sebenar masih dalam siasatan.

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung