Anwar tiba di Korea Selatan untuk sidang APEC 2025

GYEONGJU – Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2025 yang berlangsung esok hingga 1 November.

Perdana Menteri tiba di hotel penginapan di Gyeongju sekitar jam 9.05 malam waktu tempatan (8.05 malam waktu Malaysia) diiringi pengiring kawalan.

Terdahulu, pesawat yang membawa Anwar dan delegasi negara mendarat di Pangkalan Udara Gimhae, Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae, Busan pada jam 7.41 malam waktu tempatan (6.41 petang waktu Malaysia).

Ketibaan beliau disambut Timbalan Gabenor Gyeongju, Hojun Song dan Komander Sayap Udara Ke-5, Brigedier Jeneral Kang Geun Shin, lapor Berita Harian.

Di pihak Malaysia, Perdana Menteri disambut oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan, Datuk Mohd Zamruni Khalid.

Anwar dijadual menyampaikan kenyataan Malaysia pada Sesi Dialog Pemimpin Ekonomi APEC bersama tetamu, dengan menekankan kepentingan keterangkuman dalam memperkukuh rantaian bekalan, pembangunan ekonomi digital serta kerjasama serantau bagi pertumbuhan mampan.

Perdana Menteri turut dijadual mengadakan beberapa sesi libat urus bersemuka, termasuk bersama wakil Nvidia dan YTL Power, diikuti sesi bersama Gabungan Perniagaan APEC-Amerika Syarikat.

Selepas itu, Anwar akan mengadakan pertemuan berasingan dengan syarikat Namhae Chemical Corp dan JS Link.

Namhae Chemical ialah syarikat Korea yang terbabit dalam pengeluaran dan penjualan bahan kimia pertanian.

JS Link adalah syarikat bioteknologi berasaskan genom yang menumpukan penyelidikan dan pembangunan analisis genom di Korea Selatan dan antarabangsa.

Perdana Menteri kemudiannya dijadual menghadiri majlis makan malam Pemimpin Ekonomi APEC sebelum menutup jadual harian dengan sidang media.

Related Posts

Kolej Komuniti Jelai pemangkin modal insan, ekonomi setempat

LIPIS – Penubuhan Kolej Komuniti Jelai dekat Tanjung Gahai, di sini, bakal menjadi pemangkin baharu kepada pembangunan modal insan dan ekonomi luar bandar. Kolej itu bakal menawarkan program berteraskan agroteknologi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pegawai kanan polis antara 12 ditahan ‘makan rasuah’ RM2 juta

KUALA LUMPUR – Polis menahan 12 pegawai polis pelbagai pangkat selepas dipercayai memeras ugut seorang lelaki warga Vanuatu sebanyak RM2 juta. Menurut sumber, mangsa hanya dilepaskan selepas membayar AS$140,000 (RM560,000).…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Limpahan pemerkasaan ekonomi dinantikan penduduk Port Dickson

Limpahan pemerkasaan ekonomi dinantikan penduduk Port Dickson

Nahas maut dua remaja: Pemandu kereta didapati positif dadah

Nahas maut dua remaja: Pemandu kereta didapati positif dadah

Rakyat Malaysia maut ditikam dalam pergaduhan di Korea Selatan

Rakyat Malaysia maut ditikam dalam pergaduhan di Korea Selatan

Biarpun ada pihak mahu ‘bungkus’ Anthony, Amirudin yakin DUN Chennah kekal milik PH

Biarpun ada pihak mahu ‘bungkus’ Anthony, Amirudin yakin DUN Chennah kekal milik PH

‘Haramkan’ pihak pertikai asal usul Melayu

‘Haramkan’ pihak pertikai asal usul Melayu

‘Dengan kudrat yang ada’, Mohd Aidil yakin kelebihan turun padang

‘Dengan kudrat yang ada’, Mohd Aidil yakin kelebihan turun padang