Restoran mewah menara Petronas terbakar 30 peratus

KUALA LUMPUR – Kebakaran di Menara 3 Petronas, di sini, pagi tadi membabitkan 30 peratus kawasan sebuah restoran mewah di tingkat 57 bangunan itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul, Timbalan Penguasa Bomba II, Mohd Hafizan Hassan berkata, pusat gerakan operasi (PGO) menerima panggilan jam 6.41 pagi.

“PGO Kuala Lumpur menghantar jentera dari BBP Tun Razak dan Hang Tuah membabitkan sepasukan 35 pegawai dan anggota ke lokasi kejadian.

“Pegawai dan anggota kita juga masuk ke bangunan secara ofensif dengan menggunakan lif bomba, sistem pemadaman menggunakan ‘wet riser’ untuk memadam kebakaran.

“Alhamdulillah kebakaran berjaya dikawal pada jam 7.04 pagi dan berjaya dipadamkan jam 8.45 pagi,” katanya, lapor Berita Harian.

Katanya, kejadian tidak membabitkan sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa dan punca kebakaran masih disiasat

“Tiada mangsa terbabit dan sekarang kerja-kerja penyiasatan sedang dijalankan di bangunan tersebut. Peratus kebakaran lebih kurang 30 peratus terbakar.

“Cabarannya apabila berlaku di tempat tinggi, kita sudah menggunakan sistem pemasangan keselamatan di bangunan itu.

“Kita terpaksa tutup kawasan ini untuk mengelakkan bahaya kepada pengguna, dan sekarang kita serahkan kepada pihak penyiasatan,” katanya lagi.

Restoran mewah berkenaan akan ditutup sementara sehingga kerja penyiasatan yang dijalankan Unit Forensik bomba Kuala Lumpur selesai.

Related Posts

JPA buka permohonan Dermasiswa B40 untuk lepasan SPM 2025

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membuka permohonan Program Dermasiswa B40 (DB40) Tahun 2026 kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) yang berhasrat melanjutkan pengajian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sistem KLIA perlu diperkasa secara holistik, pragmatik

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untuk menubuhkan pasukan siasatan bebas dalam menyiasat  penyeludupan dadah membabitkan seorang pembantu juruterbang tempatan bagi menilai semula keseluruhan prosedur sedia ada. Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hajiji tekan perkembangan positif ESS Zone disalur kepada kedutaan asing

Hajiji tekan perkembangan positif ESS Zone disalur kepada kedutaan asing

Perak sasar 50 emas di SUKMA Selangor, sedia ganjaran sehingga RM6,000

Perak sasar 50 emas di SUKMA Selangor, sedia ganjaran sehingga RM6,000

Jenayah di Selangor terus menurun – Ketua Polis Selangor

Jenayah di Selangor terus menurun – Ketua Polis Selangor

Pokok tumbang: Cari jalan penyelesaian, bukan masa untuk menyalahkan mana-mana pihak

Pokok tumbang: Cari jalan penyelesaian, bukan masa untuk menyalahkan mana-mana pihak

Sarawak bersedia terajui perdagangan karbon ikut acuan sendiri

Sarawak bersedia terajui perdagangan karbon ikut acuan sendiri

Penduduk kampung bimbang dakwaan penyebaran bahan disyaki dadah baharu

Penduduk kampung bimbang dakwaan penyebaran bahan disyaki dadah baharu