Inkues: Guru tunjuk kandungan diari Zara melalui telefon selepas kejadian – Saksi ke-23

KOTA KINABALU – Seorang guru menunjukkan buku diari Zara kepadanya melalui telefon di surau selepas hari kejadian 16 Julai 2025, kata saksi kanak-kanak ke-23 dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir, 13, di hadapan Hakim Koroner.

Menurut peguam ibu Zara, Rizwandean M Borhan, saksi berkata, tujuan guru menunjukkan isi kandungan buku Zara kepadanya adalah untuk menunjukkan pandangan Zara kepada saksi.

“Saksi merasa teruja dan gembira membaca isi kandungan diari. Ada beberapa guru lain yang turut di sana pada waktu itu.

“Saksi berkata dia pernah dengar dari kawan-kawan Zara yang Zara menjadikan saksi ini idola dia. Saksi ada dengar bahawa kawan-kawan Zara akan cakap ‘Zara mahu jadi macam saksi’,” katanya kepada media selepas prosiding inkues kematian Zara Qairina yang memasuki hari ke-29, di sini pada Selasa.

Tambahnya, saksi mengenali Zara sebagai pelajar junior yang tinggal di blok asrama yang sama, tetapi tidak satu dorm.

“Saksi pertama kenali dan sering berjumpa Zara dekat asrama, surau dan sekolah sekitar dalam bulan April 2025. Saksi berkata Zara mahu berkawan dengan saksi.

“Saksi ada ingat pernah mengajar Zara Bahasa Arab kerana Zara pernah minta tolong ajar dengan saksi.

“Saksi tahu mengenai ejekan pelajar lain ‘Sok-Sok Badar’ kepada Zara.

“Saksi berkata perkara ini bermula apabila Zara mula mencatit nama pelajar-pelajar yang tidak solat, walaupun tidak ada yang suruh Zara buat demikian.

“Saksi cuma berdiam dan tidak ada menyuruh Zara berhenti catit nama,” jelasnya.

Sementara itu, saksi turut mendedahkan bahawa saksi kali terakhir melihat Zara pada 15 Julai 2025 sekitar pukul 2 petang di surau sekolah.

Rizwandean berkata, pada 16 Julai 2025 sekitar pukul 3 pagi, saksi terbangun oleh jam loceng dan melihat dua orang kawannya keluar koridor dalam keadaan yang kecoh.

“Saksi pun keluar koridor dan ikut kawan saksi turun tangga. Bila saksi turun tangga, dia nampak dan cam badan tersebut sebagai Zara.

“Kemudian saksi bersama beberapa pelajar senior telah telah diarahkan untuk mengalihkan Zara dari kawasan longkang ke kawasan berdekatan tangga,” katanya.

Beliau berkata, selepas kejadian tersebut, saksi pernah mendengar pasal kes kecurian dan melibatkan Zara berlaku pada malam 15 Julai 2025 dan seingat saksi, ada tuduhan Zara curi kad pengenalan (IC) dan kad bank.

“Saksi tidak mengetahui kejadian sebenar bagaimana Zara ditemui tidak sedarkan diri kerana dia sedang tidur pada masa kejadian,” ujarnya.

Related Posts

Pengalaman Singapura jadi rujukan penganjuran F1 Bahrain GP di Sepang – Anwar

PUTRAJAYA – Antara persiapan bagi menjayakan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang pada Oktober depan ialah meneliti pengalaman serta amalan terbaik republik Singapura dalam penganjuran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MoF nafi dakwaan SARA RM100 sekali bayar untuk semua rakyat berusia 18 tahun ke atas

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MoF) menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan menerima bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SeMURNI anjur bengkel STEM hujung Ogos

SeMURNI anjur bengkel STEM hujung Ogos

Semarak Bulan Kebangsaan tingkat kesedaran pelihara keharmonian kaum

Semarak Bulan Kebangsaan tingkat kesedaran pelihara keharmonian kaum

Pengalaman Singapura jadi rujukan penganjuran F1 Bahrain GP di Sepang – Anwar

Pengalaman Singapura jadi rujukan penganjuran F1 Bahrain GP di Sepang – Anwar

MoF nafi dakwaan SARA RM100 sekali bayar untuk semua rakyat berusia 18 tahun ke atas

MoF nafi dakwaan SARA RM100 sekali bayar untuk semua rakyat berusia 18 tahun ke atas

Kerajaan arah MAG semak semula saringan juruterbang, perketat keselamatan lapangan terbang

Kerajaan arah MAG semak semula saringan juruterbang, perketat keselamatan lapangan terbang

Peruntukan segera RM30,000 diluluskan bagi baik pulih jeti di Kampung Belukar

Peruntukan segera RM30,000 diluluskan bagi baik pulih jeti di Kampung Belukar