Anwar angkat martabat Malaysia di pentas dunia – Mustapha

INANAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengangkat martabat Malaysia di mata dunia apabila kepimpinannya menjadikan negara kecil ini kini menjadi perhatian kuasa-kuasa besar dunia.

Demikian dinyatakan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud yang menyifatkan usaha Perdana Menteri itu sebagai mengangkat kembali martabat negara agar dapat bersaing dengan negara-negara lain.

“Mana lagi kita cari seorang Perdana Menteri yang boleh mengangkat negara kecil ini di mata dunia serta dapat satukan kuasa-kuasa besar dalam ekonomi dan juga perdagangan hadir ke negara ini.

“Ini yang sedang dibuat oleh Perdana Menteri sekarang ini. Bayangkan sekarang ini kuasa-kuasa besar dunia, negara-negara penting di dunia datang atas jemputan sebagai pengerusi ASEAN dan juga Perdana Menteri Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Program MADANI Rakyat (PMR) Komuniti Inanam di Dewan Datuk Steven Kutai, Kampung Nountun, di sini, pada Ahad.

Menurut Mustapha, pencapaian besar itu tidak pernah berlaku dalam sejarah dan menganggapnya sebagai satu kebanggaan untuk rakyat negara ini.

“Mungkin dulu pernah Presiden Amerika datang tapi kali ini Presiden Amerika datang, China datang, Presiden Brazil datang, keseluruhan negara ASEAN datang.

“Malah, kita juga menerima keluarga baharu dalam ASEAN iaitu Timor-Leste dan ini berlaku di Malaysia,” ujarnya.

Mengenai PMR Komuniti Inanam yang dianjurkan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Sabah, Mustapha berkata, program itu membawa agenda Malaysia MADANI kepada masyarakat dengan pengisian pelbagai aktiviti.

“Ini penting sebab kita mahu komuniti memahami sebenarnya apa idea gagasan besar yang diilhamkan oleh Perdana Menteri terutamanya gagasan Malaysia MADANI itu sendiri,” katanya.

Related Posts

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menyarankan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak membawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya, sebaliknya memberi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya