Sarawak perkukuh kerjasama dengan Korea Selatan dalam pembangunan teknologi cip AI

KUCHING – Sarawak terus memperkukuh kedudukannya dalam arena teknologi global apabila SMD Semiconductor Sdn. Bhd. memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) strategik dengan syarikat Rebellions Inc. dari Korea Selatan sempena Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2025 baru-baru ini.

Perjanjian tersebut disaksikan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, sekaligus menandakan pencapaian penting dalam usaha membentuk pakatan teknologi Malaysia dan Korea yang berpotensi bersaing di peringkat dunia dalam industri cip kecerdasan buatan (AI).

Beliau menegaskan, kerjasama ini menggambarkan semangat Integrated Silicon Longhouse Sarawak iaitu sebuah ekosistem yang menggabungkan peranan kerajaan, industri, akademia dan rakan antarabangsa dalam memperkasa inovasi semikonduktor serta teknologi AI.

“Seperti rumah panjang yang menjadi lambang perpaduan masyarakat, Integrated Silicon Longhouse Sarawak turut menyatukan bakat, inovasi dan kerjasama bagi menghasilkan impak di peringkat global,” katanya.

Beliau menambah, inisiatif tersebut bukan sahaja menggerakkan aspirasi pembangunan teknologi negeri tetapi juga memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai peneraju penting dalam Peta Jalan Semikonduktor Nasional.

Kerjasama strategik ini sejajar dengan pelan Sarawak Semiconductor Roadmap 2030: Beyond Moore’s Law, yang bertujuan menjadikan Sarawak sebagai negeri utama dalam bidang reka bentuk cip, fabrikasi dan integrasi kecerdasan buatan di Malaysia.

Usaha ini turut melengkapi langkah Kerajaan Persekutuan yang memperuntukkan RM550 juta dalam Belanjawan 2026 bagi memperkukuh ekosistem semikonduktor negara, mencerminkan komitmen bersama untuk membangunkan industri teknologi tempatan yang mampan.

Sementara itu, beliau turut dijangka mewakili Malaysia sebagai penceramah utama pada Persidangan ASEAN mengenai Penerapan AI 2025, sekali gus menonjolkan pengaruh Sarawak yang semakin besar dalam landskap teknologi serantau.

Dengan pelaksanaan kerjasama sebegini, Sarawak kini berada di landasan kukuh untuk beralih daripada pengguna teknologi kepada peneraju inovasi, membina masa depan yang digerakkan oleh kepakaran tempatan serta ekonomi digital berdaya saing.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

KOTA KINABALU – Kira-kira 250 pelari dari 26 negara dijangka menyertai Mount Kinabalu International Climbathon edisi ke-33 yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills