AMK Perlis kecam penghinaan terhadap Raja Perlis, desak tindakan tegas

KANGAR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perlis mengecam sekeras-kerasnya penyebaran rakaman suara didakwa mirip seorang pemimpin politik negeri ini yang mengandungi kenyataan berunsur fitnah serta penghinaan terhadap Raja Perlis.

Ketua AMK Perlis, Azzin Izzad Bahanudin berkata, sekiranya rakaman suara itu terbukti benar, ia merupakan satu bentuk penderhakaan yang amat serius terhadap Institusi Diraja dan tidak wajar dimaafkan.

“Perbuatan sebegini tidak boleh dipandang ringan kerana ia mencemarkan maruah Institusi Diraja serta mengguris perasaan rakyat yang setia kepada Raja dan negeri.

“Kami menghargai tindakan pantas pihak polis yang telah memulakan siasatan berhubung perkara itu dan menyeru agar siasatan dijalankan secara telus, menyeluruh serta berasaskan fakta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, AMK Perlis mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat spekulasi atau menokok tambah cerita yang boleh mengganggu proses siasatan dan menjejaskan keharmonian negeri.

“Tiada siapa yang boleh berdiri di atas undang-undang, lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesetiaan kepada Raja dan Negara.

“AMK Perlis berdiri teguh mempertahankan institusi diraja dan menolak sekeras-kerasnya sebarang usaha menggugat kedaulatan serta kehormatan baginda Tuanku.

“Kami menyeru seluruh rakyat supaya kekal tenang, menolak politik kebencian dan bersama mempertahankan nilai kesetiaan, keadilan serta keharmonian negeri tercinta ini,” tegasnya.

Related Posts

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

KUCHING – Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan pada masa hadapan disaran agar diraikan secara bergilir-gilir di setiap negeri di seluruh negara bagi memupuk semangat perpaduan nasional yang lebih utuh. Yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

KUCHING – Sarawak di bawah kepemimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmen menerusi pendekatan “cakap serupa bikin” dalam merancakkan pembangunan negeri berlandaskan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.  Premier…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

  • By Ithma
  • September 17, 2026
Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz