Munira mohon cuti khas, kawalan tambang penerbangan bagi pengundi luar Sabah

KOTA BELUD – Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munira Majilis mohon Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan cuti khas dan kawalan tambang penerbangan bagi rakyat Sabah yang berada di Semenanjung sempena Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.

Katanya, langkah itu perlu diberi pertimbangan serius dan sewajarnya demi memastikan hak rakyat Sabah tidak dihalang dan demokrasi di Malaysia dapat disalurkan.

“Pertama, saya mohon agar Kerajaan Persekutuan memberikan cuti tanpa rekod sehari sebelum hari mengundi kepada Rakyat Sabah yang berada di Semenanjung untuk pulang ke Sabah.

“Kedua, saya mohon agar kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan memastikan agar tambang penerbangan dari Semenanjung ke Sabah dapat dikawal dan diturunkan kepada satu kadar yang munasabah dan mampu,” katanya dalam kenyataan media pada Khamis.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memaklumkan tiada pelaksanaan undi pos bagi pengundi Sabah yang berada di Semenanjung pada PRN17 Sabah.

Jelasnya, sebagai Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi Parlimen, beliau telahpun menyuarakan kepada SPR mengenai keperluan untuk Rakyat Sabah yang berada dan bekerja di Semenanjung diberikan hak untuk mengundi tanpa perlu berada di Sabah.

Related Posts

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

KUCHING – Kerajaan Sarawak melancarkan Platform Infrastruktur Sovereign AI bagi memperkukuh sistem pengurusan dan perlindungan data strategik kerajaan, sekali gus mempercepatkan capaian perkhidmatan kepada rakyat. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

SERIAN – Tiga projek pembangunan infrastruktur luar bandar bernilai keseluruhan RM3.3 juta di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk setempat, khususnya dalam memudahkan akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak