Belanjawan 2026: Peruntukan RM45.6 bilion bukti kerajaan utamakan sektor kesihatan

PUTRAJAYA – Peruntukan tertinggi sebanyak RM45.6 bilion menerusi Belanjawan 2026 terhadap sektor kesihatan mencerminkan pengiktirafan kerajaan terhadap keperluan memperkukuh sistem kesihatan

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Datuk Dr Thirunavukarasu Rajoo berkata, perkara itu selaras dengan hala tuju Kertas Putih Kesihatan yang memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur, tenaga kerja serta kerjasama awam-swasta.

Menurutnya, pembukaan 4,500 jawatan tetap kepada doktor kontrak juga merupakan langkah positif namun keperluan diselaraskan dengan pelan jangka panjang bagi memastikan keseimbangan dalam semua peranan kritikal sektor kesihatan awam.

“Kami turut menghargai peningkatan elaun atas panggilan (on-call) diumumkan kerajaan kerana ia pengiktirafan wajar terhadap dedikasi doktor dan pakar perubatan. Namun, MMA masih menunggu butiran lanjut pelaksanaannya serta kadar sebenar kenaikan itu, khususnya bagi pegawai perubatan.

“Pelaksanaan integrasi kerajaan memperkukuh kerjasama awam-swasta menerusi Diagnosis Related Group (DRG) yang diumumkan kerajaan tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa tanpa data kukuh, perancangan rapi serta penglibatan bermakna semua pihak berkepentingan.

“MMA berpendapat pelaksanaan DRG yang tidak dirancang dengan teliti boleh membawa kesan tidak diingini dan menjejaskan keberkesanan sistem kesihatan awam dalam jangka panjang,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Dr Thirunavukarasu turut memuji peruntukan bagi menaik taraf hospital dan klinik serta pembangunan kapasiti digital yang dilihat selaras dengan usaha memperkukuh infrastruktur kesihatan.

“Namun, masalah utama tetap kekurangan tenaga kerja. Kemudahan fizikal semata-mata tidak mencukupi tanpa tenaga kerja mencukupi kerana kekurangan doktor, jururawat dan pegawai kesihatan bersekutu kekal menjadi isu paling mendesak.

“Tanpa tenaga kerja yang mencukupi, naik taraf fasiliti tidak akan memberi impak besar dan banyak membantu terhadap dalam mengurangkan tekanan menerusi sistem kesihatan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, MMA juga menyambut baik semakan semula caj perundingan doktor am (GP) selepas 17 tahun, tetapi menyifatkan keputusan mengekalkan kadar minimum RM10 yang tidak berubah sejak Jadual Yuran MMA 1992 sebagai mengecewakan.

“Keputusan ini tidak mencerminkan nilai sebenar perkhidmatan GP dalam penjagaan kesihatan barisan hadapan. MMA sudah lama mencadangkan kadar minimum RM50 memandangkan lebih 60 peratus pesakit datang melalui pihak ketiga (TPA) dan syarikat yang membayar kurang daripada RM35.

“Dengan lebih 10,000 klinik di seluruh negara, kadar terlalu rendah ini boleh menjejaskan daya tahan kewangan klinik dan menjadikan model sedia ada tidak mampan dalam masa terdekat,” katanya.

Menurutnya, MMA turut memuji langkah kerajaan menambah duti eksais terhadap tembakau dan alkohol sebagai usaha mengurangkan penyakit tidak berjangkit, namun mengulangi pendirian tegas bahawa vape perlu diharamkan sepenuhnya berikutan kesan kesihatan yang semakin membimbangkan terutama kepada golongan muda.

Selain itu, Dr Thirunavukarasu menyuarakan kebimbangan terhadap cadangan penggunaan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pembiayaan kesihatan alternatif kerana ia boleh menjejaskan keselamatan kewangan persaraan rakyat.

“KWSP ditubuhkan untuk menjamin simpanan persaraan. Penggunaan dana ini bagi tujuan kesihatan perlu dikaji dengan amat berhati-hati supaya tidak memberi kesan jangka panjang terhadap kesejahteraan kewangan, khususnya golongan rentan

“MMA akan terus bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memastikan inisiatif Belanjawan 2026 benar-benar memberi peningkatan bermakna terhadap akses, kualiti dan kelestarian sistem kesihatan untuk rakyat,” katanya.

Related Posts

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untuk Kerajaan Persekutuan mengambil langkah konkrit dan holistik yang boleh dilaksanakan menerusi Belanjawan 2027 bagi menangani penghijrahan doktor daripada sistem kesihatan awam yang semakin membimbangkan. Presiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

KUALA LUMPUR – Kembali ke Malaysia selepas sembilan tahun, perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix Gulf Air Bahrain 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berlangsung dalam suasana meriah dengan kehadiran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

Jerebu masih tidak reda di tujuh kawasan

Jerebu masih tidak reda di tujuh kawasan