Laksana pendekatan ‘soft landing’ BUDI95, elak jejas moral pemain industri gig

PUTRAJAYA – Keperluan buat kerajaan melaksanakan pendekatan ‘soft landing’ dalam menambah baik pelaksanaan BUDI MADANI RON95 (BUDI95), supaya tidak menjejaskan moral dan kepercayaan komuniti pemandu e-hailing dan p-hailing terhadap insiatif terbabit.

Presiden Malaysia E-Hailing & Delivery Organization (MEDO), Masrizal Mahidin berkata, walaupun niat kerajaan untuk menyalurkan subsidi petrol secara bersasar amat dialu-alukan, namun pendekatan pelaksanaan sedia ada masih belum menggambarkan realiti sebenar operasi di lapangan.

Katanya, dianggarkan hanya seperempat daripada hampir 200,000 pemandu aktif e-hailing dan p-hailing dilaporkan layak menerima manfaat tambahan 600 liter petrol bersubsidi di bawah BUDI95 susulan syarat teknikal yang ketat serta tidak mengambil kira variasi model operasi sebenar.

“Namun berdasarkan pemerhatian dan aduan komuniti, data kilometer yang direkod oleh platform tidak mencerminkan jumlah jarak sebenar dilalui pemandu menyebabkan ramai pemandu aktif, khususnya di luar bandar gagal mencapai had minimum yang ditetapkan.

“Walaupun hakikatnya mereka membelanjakan petrol yang jauh lebih tinggi. MEDO berpandangan bahawa kelemahan dalam penyelarasan data dan metodologi pengiraan APAD bersama platform e-hailing menjadi punca utama berlakunya penyisihan yang tidak adil ini.

“MEDO menzahirkan kebimbangan mendalam terhadap pelaksanaan inisiatif BUDI95 yang kini menjadi isu hangat dalam kalangan komuniti pemandu e-hailing dan p-hailing di seluruh negara,” katanya kepada The Malaysia Press), pada Khamis.

Sehubungan itu, Masrizal berpandangan, keperluan pelaksanaan semula dasar BUDI95 terhadap pemain ekonomi gig secara berperingkat, dengan penilaian kelayakan berdasarkan tempoh aktif dan purata trip bulanan, bukan semata-mata jumlah kilometer.

Menurutnya, tempoh penyesuaian (grace period) perlu diberikan sekurang-kurangnya 3 bulan, bagi membolehkan data sebenar dikumpul dan disemak semula di samping kerjasama rentas kementerian, agensi kerajaan serta NGO bagi memastikan suara lapangan diambil kira sebelum dasar dimuktamadkan.

“Pelaksanaan struktur tambang berbeza bagi warganegara dan bukan warganegara, bagi mengelakkan ketirisan subsidi petrol RON95 dan boleh dilaksanakan melalui pendaftaran aplikasi menggunakan nombor kad pengenalan dan pasport, bukan hanya nombor telefon seperti sistem semasa.

“Kegagalan memahami hakikat operasi e-hailing yang berasaskan ‘on-demand mobility’ boleh menghakis kepercayaan ribuan pemandu yang setiap hari menyumbang kepada nadi pengangkutan rakyat,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menyeru kerajaan agar melihat isu terbabit bukan dari lensa angka dan algoritma semata-mata, tetapi dari sudut keadilan sosial dan kesejahteraan ekonomi rakyat di lapangan.

“Mereka bukan sekadar penyedia perkhidmatan, tetapi tenaga penggerak ekonomi mikro bandar dan luar bandar.

“Pendekatan lebih berhikmah, inklusif dan berasaskan realiti kerja sebenar akan menjadi asas kepada kelestarian sistem subsidi dan kestabilan sektor gig nasional,” katanya.

Related Posts

Dasar Hari Bekerja Hibrid penjawat awam berkuat kuasa hari ini

KUALA LUMPUR – Dasar Hari Bekerja Hibrid (HBH) bagi penjawat awam Persekutuan mula berkuat kuasa hari ini, memperkenalkan kaedah kerja baharu yang membolehkan pegawai bertugas selama tiga hari di pejabat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh pada separuh kedua 2026

KUALA LUMPUR – Kerajaan menjangkakan ekonomi Malaysia akan terus mencatat pertumbuhan kukuh pada separuh kedua tahun ini, disokong pelbagai langkah intervensi yang dilaksanakan serta asas ekonomi negara yang kekal berdaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kawasan 1,000 ekar dikenal pasti untuk Bandar Baharu Kalabakan

Kawasan 1,000 ekar dikenal pasti untuk Bandar Baharu Kalabakan

Kad pengenalan Malaysia simbol patriotisme, kunci agihan subsidi bersasar

Kad pengenalan Malaysia simbol patriotisme, kunci agihan subsidi bersasar

Henti aktiviti lumba haram sebelum berlaku tragedi – Sultan Pahang

Henti aktiviti lumba haram sebelum berlaku tragedi – Sultan Pahang

KMJG Sabah 2026 semarak patriotisme, perpaduan di Sabah

KMJG Sabah 2026 semarak patriotisme, perpaduan di Sabah

Pengundi Sikamat hargai kepimpinan Aminuddin, harap PH kekalkan kesinambungan khidmat

Pengundi Sikamat hargai kepimpinan Aminuddin, harap PH kekalkan kesinambungan khidmat

Bayaran interim RM1.5 bilion kepada Sabah dibawa ke Jawatankuasa Teknikal 3 Ogos ini

Bayaran interim RM1.5 bilion kepada Sabah dibawa ke Jawatankuasa Teknikal 3 Ogos ini