Poster calon PRN17 Sabah tular adalah palsu – Suhaimi

SANDAKAN – UMNO Sabah menafikan kewujudan beberapa poster yang tular di media sosial baru-baru ini kononnya mewakili calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir menjelaskan bahawa semua poster berkenaan adalah palsu dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan BN Sabah.

Menurutnya, tindakan tersebut jelas merupakan cubaan pihak tertentu untuk mengelirukan rakyat serta menjejaskan kekuatan jentera BN menjelang PRN17.

“Cubaan sebegini jelas strategi untuk memecah-belahkan jentera BN dan melemahkan momentum kami.

“Mereka tahu BN mempunyai jentera yang kuat, disiplin tinggi dan calon-calon yang berkaliber,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Khamis.

Suhaimi berkata, BN Sabah kini berada dalam keadaan bersiap siaga dengan barisan calon yang terdiri daripada 80 peratus muka baru, mewakili tenaga muda dan profesional yang mewakili suara rakyat.

“Cubaan pihak tertentu untuk mengacau bukanlah satu kejutan. Kami bukan sahaja bersedia, malah lebih kuat.

“BN tidak akan goyah dengan propaganda palsu kami fokus kepada kerja, calon dan rakyat,” tegasnya.

Dalam pada itu, Suhaimi turut menyeru rakyat Sabah agar tidak terpengaruh dengan berita palsu serta poster tiruan yang tular di media sosial.

Katanya, BN terus komited membawa kepimpinan yang stabil, pembangunan berterusan dan hasil yang terbukti untuk rakyat negeri ini.

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung