Indonesia pecat Kluivert lepas gagal ke Piala Dunia 2026

PERSATUAN Bola Sepak Indonesia (PSSI) mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontrak ketua jurulatih pasukan kebangsaan negara itu, Patrick Kluivert dan barisan kejurulatihannya.

Langkah itu adalah susulan kegagalan Skuad Garuda mara lebih jauh dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2026.

Dalam kenyataan hari ini, PSSI berkata, keputusan tersebut adalah sebahagian daripada langkah ‘penilaian semula strategi’ pembangunan bola sepak Indonesia serta hala tuju masa depan skuad kebangsaan.

Bekas penyerang antarabangsa Belanda dan Barcelona itu – yang menandatangani kontrak dua tahun pada Januari lalu bagi menggantikan Shin Tae-yong dari Korea Selatan – akan berundur bersama pasukan kejurulatihannya.

Ia sekali gus menamatkan khidmat mereka bersama skuad senior, bawah 23 tahun dan bawah 20 tahun Indonesia.

Pengerusi PSSI yang juga Menteri Belia dan Sukan, Erick Thohir, dalam kenyataan berasingan mengucapkan terima kasih kepada Kluivert dan barisan kejurulatihannya atas sumbangan mereka.

Dia menyifatkan pasukan kejurulatihan tersebut sebagai bahagian penting dalam kemajuan terkini pasukan kebangsaan Indonesia.

“Penghargaan kami juga ditujukan kepada penyokong, pemain, keluarga mereka serta pegawai yang menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi membantu pasukan kebangsaan mara ke pusingan keempat kelayakan Piala Dunia 2026.

“Ia satu pencapaian bersejarah bagi bola sepak Indonesia,” katanya seperti dilapor Bernama.

Erick menegaskan bahawa PSSI akan melaksanakan penilaian menyeluruh dan menetapkan matlamat baru untuk skuad kebangsaan, termasuk menembusi kelompok 100 terbaik dunia FIFA, layak ke Piala Asia 2027 serta mara ke Piala Dunia 2030.

Related Posts

England tewas tipis kepada Sepanyol

KAPTEN England, Harry Kane menyifatkan skuad Three Lions mempamerkan antara aksi terbaik mereka sejak sekian lama biarpun tewas 2-3 kepada juara dunia, Sepanyol dalam saingan Liga Negara-Negara di Wembley, awal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
City bersalah 114 tuduhan dikemukakan EPL

MANCHESTER City didapati bersalah atas 114 daripada 115 pertuduhan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang dihadapi mereka berhubung pelanggaran peraturan kewangan seperti dilaporkan the Athletic, lewat malam tadi. Laporan itu menambah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

Polis giat kesan suspek ragut beg tangan wanita di Kampung Baru Semenyih

  • By Aden
  • September 27, 2026
Polis giat kesan suspek ragut beg tangan wanita di Kampung Baru Semenyih

England tewas tipis kepada Sepanyol

England tewas tipis kepada Sepanyol