PDRM wajar ambil tindakan pihak kibar bendera Israel, pamer tulisan Hebrew – PMX

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tindakan perlu diambil terhadap pihak yang mengibarkan bendera Israel dalam satu program di Kelantan baru-baru ini, walau apa pun alasan diberikan.

Perdana Menteri berkata, tindakan seorang pemandu yang menampal pelekat bertulisan Hebrew di kenderaannya sebelum ini terbukti menyinggung perasaan rakyat dan bertentangan dasar negara, yang kemudian disusuli tindakan daripada pihak polis.

Beliau berkata tindakan itu wajar diambil untuk dijadikan pengajaran agar kejadian seumpama itu tidak berulang pada masa depan.

“Jadi (kalau ikut) dasar negara, termasuk (kibar) bendera (Israel) walaupun apa matlamatnya, itu adalah salah dan saya setuju supaya polis diarah mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Mana ada negara di dunia, seperti mana dijajah? Orang yang angkat bendera ‘Union Jack’ itu kita anggap pengkhianat, sama juga dengan apa yang berlaku soal bendera (Israel).

“Walaupun apa alasan diberikan, saya setuju supaya tindakan diambil supaya menjadi pengajaran. Jangan (dibenarkan) berlaku,” katanya semasa Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Anwar berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen BN Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah yang meminta penjelasan sama ada kerajaan akan mengambil tindakan tanpa ‘double standard’ terhadap penganjur acara berkenaan.

Terdahulu, program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan Untuk Gaza yang berlangsung di Sungai Kelantan terpalit kontroversi selepas bendera Israel turut dikibarkan dan videonya tular di laman sosial sehingga menimbulkan rasa kurang senang dan perdebatan dalam kalangan warga maya.

Bagaimanapun, Pengarah Program itu, Mohd. Khairul Hafiz Hassan berkata, bendera Israel itu hanya gimik bertujuan memperlihatkan tindakan ganas yang dilakukan oleh rejim Zionis semasa menyerang sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) baru-baru ini, serta kekejaman ke atas penduduk Palestin

Related Posts

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

KUALA LUMPUR – Semua pemberi perkhidmatan media sosial berlesen diwajibkan melaksanakan mekanisme pengesahan umur menggunakan dokumen rasmi bagi memastikan hanya individu berusia 16 tahun ke atas dibenarkan mendaftar dan memiliki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH Negeri Sembilan mangsa politik identiti kaum, agama

KEPUTUSAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan membuka satu persoalan besar yang perlu direnungi oleh seluruh rakyat Malaysia, khususnya pengundi Melayu. Adakah kita memilih kerajaan berdasarkan prestasi, atau berdasarkan sentimen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa