Malaysia sedia hantar pasukan pendamai, mohon Mesir bantu pakar perubatan masuk Gaza

KUALA LUMPUR – Malaysia bersedia untuk menghantar pasukan pendamai ke Gaza bagi menjamin keamanan susulan perjanjian pelan damai yang ditandatangani di Mesir, pada Isnin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara berkaitan penghantaran pasukan itu akan dibincangkan oleh Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), sebelum diputuskan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Sebaik Majlis Keselamatan PBB bersetuju, Malaysia bersedia jika diminta dan diperlukan. Selama ini kita tidak pernah menolak, ada saja pasukan pendamai, kita akan kirim.

“Saya setuju pasukan pendamai ini sekurang-kurangnya yang terbaik untuk menjamin keamanan bagi Gaza,” katanya semasa Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen PN Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkenaan sama ada Malaysia akan menghantar pasukan pendamai ke Gaza, berikutan kebimbangan Israel akan melanggar perjanjian pelan damai Gaza dan menyerang kembali wilayah itu.

Bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen PH Sri Gading, Aminolhuda Hassan yang mahu tahu kesediaan kerajaan untuk menghantar sukarelawan khususnya membantu dalam aspek perubatan terhadap penduduk di Gaza, Anwar memberi komitmen akan melaksanakan perkara itu

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Malaysia turut bersiap siaga menghantar pasukan pakar perubatan serta bantuan kemanusiaan merentasi pintu sempadan Rafah bagi membantu rakyat Palestin yang tertindas di Gaza.

Beliau menjangkakan akan berhubung dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi pada petang ini bagi memohon agar pakar perubatan daripada Malaysia dibenarkan memasuki Gaza melalui sempadan Rafah.

“Semalam, saya minta Presiden el-Sisi di Sharm el-Sheikh, kemungkinan besar petang ini jika saya dapat bicara akan minta supaya laluan diberikan melalui pintu Rafah di Mesir dan membawa masuk pakar-pakar perubatan.

“Daripada kita bawa mereka ke sini, lebih baik kita bawa pakar-pakar kita dan bantuan merentas masuk melalui Rafah dan bantu rakyat Palestin,” katanya.

Related Posts

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

BATU PAHAT – Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan penguasaan teknologi, pengukuhan nilai kemanusiaan serta penolakan terhadap politik perpecahan kaum dan agama ketika menyampaikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

BATU PAHAT – Rundingan pembahagian kerusi antara parti komponen Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah dimuktamadkan dan kini hanya menunggu persetujuan rasmi daripada Pengerusi PH,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

RM90 juta untuk PRN Johor lebih baik disalur kepada rakyat – Dr Zaliha

RM90 juta untuk PRN Johor lebih baik disalur kepada rakyat – Dr Zaliha