SPRM tahan pengusaha durian teroka tanah secara haram

KUANTAN – Seorang peneroka haram ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang kerana disyaki mengusahakan kebun durian serta terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram di sebuah daerah di negeri ini.

Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 60-an itu ditahan kira-kira jam 9 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM cawangan Raub.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2024 hingga 2025 dan memperoleh keuntungan hasil aktiviti berkenaan yang dianggarkan mencecah ratusan ribu ringgit,” katanya.

Sumber itu memaklumkan, penahanan berkenaan adalah susulan kepada tangkapan lima pengusaha kebun haram baru-baru ini bagi kes sama.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Mohd Shukor Mahmud, ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

“Suspek dilepaskan selepas keterangan diambil dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan suspek serta saksi lain yang berkaitan,” katanya.

Related Posts

Minyak masak subsidi dicampur pewarna untuk lebih untung

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki tempatan ditahan selepas disyaki menyeleweng minyak masak bersubsidi dengan mencampurkannya bersama pewarna sebelum dijual semula sebagai minyak masak terpakai pada harga lebih tinggi. Suspek berusia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perlu peka, bertindak sebagai barisan hadapan cegah ancaman keselamatan

SIBU – Masyarakat digesa untuk terus memperkukuh tahap kesedaran dan kepekaan terhadap isu keselamatan semasa bagi memainkan peranan efektif sebagai barisan hadapan dalam mencegah jenayah di kawasan masing-masing. Pengarah Keselamatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakyat dapat 10GB data percuma sempena Hari Kebangsaan, Hari Malaysia

Rakyat dapat 10GB data percuma sempena Hari Kebangsaan, Hari Malaysia

Minyak masak subsidi dicampur pewarna untuk lebih untung

Minyak masak subsidi dicampur pewarna untuk lebih untung

Komuniti perlu peka, bertindak sebagai barisan hadapan cegah ancaman keselamatan

Komuniti perlu peka, bertindak sebagai barisan hadapan cegah ancaman keselamatan

Chelsea miliki akademi bola sepak terbaik

Chelsea miliki akademi bola sepak terbaik

Lebih 150 orang awam maut akibat operasi tentera AS di Yaman

Lebih 150 orang awam maut akibat operasi tentera AS di Yaman

Asap dari Kalimantan Barat punca jerebu, tangguh aktiviti luar bilik darjah

Asap dari Kalimantan Barat punca jerebu, tangguh aktiviti luar bilik darjah