Sistem pendidikan negara reformasi menyeluruh, kurikulum perlu seimbang – Lam Thye

PUTRAJAYA – Kurikulum sedia ada di sekolah wajar disemak bagi mengintegrasikan pembelajaran sosial dan emosi secara lebih sistematik, selain menggalakkan pembabitan lebih aktif ibu bapa dan komuniti dalam membentuk keperibadian pelajar.

Aktivis perlindungan sosial, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, sistem pendidikan negara perlu menjalani pembaharuan menyeluruh yang menyeimbangkan kecemerlangan akademik dengan pembentukan sahsiah, moral dan kecerdasan emosi golongan terbabit.

Menurut beliau, ketidakseimbangan ini menyumbang kepada pelbagai masalah kelakuan di sekolah termasuk disiplin yang longgar, gejala buli, keganasan serta kurangnya rasa empati dalam kalangan pelajar.

“Pendidikan tidak seharusnya hanya bertujuan melahirkan pelajar yang lulus peperiksaan, tetapi mesti membentuk insan yang bertanggungjawab, berdisiplin dan berperikemanusiaan.

“Sekolah perlu menjadi tempat memupuk sahsiah, integriti dan belas kasihan, bukan sekadar pusat persaingan akademik,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Selasa.

Sementara itu, Lam Thye berpandangan, terdapat keperluan untuk melaksana pengukuhan dalam pendidikan moral dan sivik di semua peringkat, selain memperkasakan peranan guru sebagai teladan nilai dan etika.

Beliau yang juga Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat berkata, sistem pendidikan ketika ini terlalu menekankan pencapaian akademik semata-mata sehingga mengabaikan aspek penting lain dalam pembangunan sahsiah pelajar.

“Antara kelemahan utama ialah penekanan berlebihan terhadap pencapaian akademik sementara penghayatan nilai moral, etika dan tanggungjawab sivik semakin diabaikan.

“Sudah tiba masanya negara mempunyai satu pelan pendidikan jangka panjang yang menyeimbangkan kecemerlangan akademik dengan kekuatan moral serta kecerdasan emosi.

“Hanya dengan cara ini kita dapat membentuk generasi masa depan yang bukan sahaja berilmu tetapi juga berakhlak mulia,” katanya.

Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Sistem pendidikan negara harus memberikan penekanan terhadap aspek nilai, moral dan prinsip etika dan bukan hanya pengetahuan semata-mata, susulan beberapa insiden membabitkan buli serta rogol sejak akhir-akhir ini.

Beliau memaklumkan, dasar pendidikan sedia ada yang telah diwarisi sejak sekian lama dilihat mempunyai kecacatan mahupun kelompangan sehingga berlakunya perbuatan tidak bermoral.

Menurutnya, kejadian seumpana itu mencerminkan kelemahan sistem pendidikan negara yang terlalu menekankan aspek ilmu pengetahuan semata-mata tetapi mengabaikan nilai moral dan etika yang menjadi asas pembentukan insan berakhlak.

Pada Sabtu, media melaporkan Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, empat pelajar lelaki tingkatan lima yang disyaki terbabit melakukan kesalahan seksual terhadap seorang pelajar perempuan tingkatan tiga di sebuah sekolah di Alor Gajah pada 2 Oktober lalu direman enam hari bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, kesemua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berusia 17 tahun itu direman hingga 16 Oktober ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan.

Related Posts

RM500 bantuan penerbangan ringankan beban pelajar baharu IPTA – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Pelajar baharu Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang layak bagi sesi kemasukan September atau Oktober ini akan menerima Bantuan Khas Pembelian Tiket Penerbangan domestik secara sekali beri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

PUTRAJAYA – Pemilik berdaftar kenderaan diesel persendirian milik individu yang layak di bawah BUDI Diesel boleh memindahkan kelayakan kepada individu yang benar-benar menggunakan kenderaan tersebut, mulai Rabu. Bagaimanapun, kementerian Kewangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

  • By Ithma
  • September 17, 2026
Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz

RM500 bantuan penerbangan ringankan beban pelajar baharu IPTA – PM Anwar

RM500 bantuan penerbangan ringankan beban pelajar baharu IPTA – PM Anwar

MyKad Generasi Baharu tersedia di seluruh negara mulai hari ini

MyKad Generasi Baharu tersedia di seluruh negara mulai hari ini

Hari Malaysia: Perjuangan hak Sabah bukan usaha menjauhkan diri daripada Malaysia

Hari Malaysia: Perjuangan hak Sabah bukan usaha menjauhkan diri daripada Malaysia