Harapan Rakyat teguh bersama Hajiji, GRS – Liew

TAWAU – Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat), Tan Sri Liew Yun Fah mengekalkan perdirian terus bersama kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Menurut Liew, ramai pihak tertanya-tanya status dan hala tuju politiknya selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagaimanapun menegaskan parti diterajuinya konsisten dengan kepimpinan sedia ada.

“Saya tahu, ramai yang tertanya-tanya akan status saya selepas pembubaran DUN baru-baru ini.

“Apapun, saya tegaskan, Harapan Rakyat teguh bersama kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan GRS,” katanya dalam satu perkongsian di Facebooknya, pada Ahad.

Jelas Liew, sejak awal perjuangan dalam politik, beliau tidak meletakkan keperluan diri dan keluarga sebagai keutamaan sebaliknya mahu Merotai dan penduduknya lebih maju.

“Biarpun ada rakan atau pihak luar memandang sinis gerak kerja saya bersama ‘keluarga’ Harapan Rakyat di Merotai cakap gila, belum PRN sudah buat kerja macam-macam’, bagi saya kebajikan dan keperluan rakyat Merotai lebih utama.

“Saya mahu kehidupan orang kampung saya lebih terjamin termasuk berkaitan hak pemilikan tanah, hak pendidikan, hak kesihatan, hak keselamatan dan sebagainya.

“Saya selalu katakan kepada ahli parti termasuk di Bahagian Kukusan, Harapan Rakyat teruskan usaha menyantuni rakyat,” tegasnya.

Related Posts

Sarawak sasar lahir tenaga kerja pakar teknologi AI

HAZIQ AZHAR KOTA SAMARAHAN – Sarawak giat membangunkan pelbagai inisiatif strategik dalam bidang ekonomi baharu termasuk bidang Kecerdasan Buatan (AI) yang menuntut penglibatan tenaga kerja dan graduan berkemahiran tinggi.  Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pendidikan bukan sekadar kejar kecemerlangan akademik – Raja Perlis

KANGAR – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalulalil bertitah, pendidikan tidak seharusnya tertumpu kepada pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya menjadi wadah melahirkan generasi yang beradab, berilmu, berdaya tahan dan mempunyai jati…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak sasar lahir tenaga kerja pakar teknologi AI

Sarawak sasar lahir tenaga kerja pakar teknologi AI

Pendidikan bukan sekadar kejar kecemerlangan akademik – Raja Perlis

Pendidikan bukan sekadar kejar kecemerlangan akademik – Raja Perlis

12 sindiket calling center tumpas, 341 ditahan dalam Operasi JSJK Sabah

12 sindiket calling center tumpas, 341 ditahan dalam Operasi JSJK Sabah

Kestabilan ekonomi dan politik Anwar raih semula keyakinan dunia terhadap Malaysia

Kestabilan ekonomi dan politik Anwar raih semula keyakinan dunia terhadap Malaysia

KPM salur RM20.1 juta baik pulih sekolah di Perlis

KPM salur RM20.1 juta baik pulih sekolah di Perlis

Diamnya Samsuri timbulkan tanda tanya masa depan PN

Diamnya Samsuri timbulkan tanda tanya masa depan PN